RSS

travelling is fun!

Sabtu aritu aku p kelantan amek tunang aku balik penang. huhu. start dari kemumin stop kat kb mall,beli henset utk kakak tiah sebab result stpm bagus and dapat masuk UPSI. tapau kyros kebab buat bekalan makan dalam keta. huhu. on the way balik benti kat bukit bunga sat beli sedikit buah tangan bawak balik p kat mak. belikan tunangkan kawan bernama "KAWAN" atau tertulis kat badan dia big head. huhuhuh. ala,patung tweety yg besar sekali. hahaha. dia kata takda kawan kat penang,so patung tu la jadi kawan dia pasni. hahaha. bagusla tu sayangku. haha.

apa lagi ek? aku kelupaan la plak,selalunya bab2 ingat mengingati ni sayang aku la pakar skali berbanding diriku ini. hahahahaha. stop kat hentian penanti sat kencing,berry ngn jamak semayang. pastu teruskan perjalanan pulang ke penang ja la kot. sampai penang airmuka tunangku berubah dah. bunyi2 hon yg banyak,kereta lintang pukang . adoi,memang memeningkan kepala ja. sabar ek sygku.

sampai VSK (villa sri kenanga) aku tolong kemaskan bilik tunangkan yg berselerak sebab sebelum balik bercuti dia pindah rumah baru dan tak sempat nak kemas. pas siap, aku tumpang tidoq umah ot. tidoq awal la sebab letih gak driving dari kelantan nun jauh di pantai timur sana. bangun pagi ada aktiviti sket, beli barang ngn drawer kat tesco sebab syg nak letak baju2. pastu p gurney jalan sat syg ada appointment facial.

lepas settle suma,syg drop aku kat feri sebab aku balik ngn bas ke aloq staq. tak payah tunggu lama pon,terus naik feri sampai seberang terus dapat bas balik aloq staq. sampai aloq staq lepak minum kat soljer sat dengan ujan ribut krusi berselerak. tumpang chik balik kg sakan. sampai umah mandi semayang pastu lepak2 ja layan movie pastu tidoq.

pastu kembali ke keadaan asal. bangun tidoq,keja,balik keja,tido. ulang2 la sampai weekend. hahaha. so long! ada trip lagi nanti aku story lagi. haahaha.

have a good day forward to you and also for me. hahaha.

Wassalam.

jangan kata tak boleh

Salam.

pasepa nak down kalo org kata kita itu ini? amek ayat2 depa buat jadi kata2 semangat pastu try ubah dan buktikan depa silap. bukan ka? bleh kot kan? tapi semangat la penting,tapi mungkin jalan belum mai dan masa belum tiba? tp bila masa akan tiba kalo kita tak try ubah dari sekarang? bukan ka? hahaha.

apa2 pon,kuatkan semangat cekalkan azam diri dan sentiasa jujur dalam sesuatu perkara. sure yg terbaik akan datang kat kita kan? insyaAllah,Allah Maha Pemurah,kalu kita usaha lebih. mesti akan ada kejayaan. kan?

Gambaran ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.aw. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

am i sure?? and u??

berjuta soalan tanpa soalan bermain difikiran sekarang. semakin lama semakin banyak dan semakin bersimpul. soalan paling besaq bermain didalam fikiran seperti title post ni.

"AM I SURE?? AND YOU??"

hanya aku, otakku yang bekerja dan fikiran ku sahaja yg tahu apa yang teramat tersirat. aku hanya mampu tersenyum. sesungguhnya senyuman juga adalah seperti ubat. kan? hahahaha. kehidupanku tidak semudah yang dilihat mata kasar. dalaman dan luaran tidak akan pernah sama.


alamak sudah masuk bulan JUNE ahhhh!!

Salam.

dah lama kot aku tak menulis dalam blog usang aku ni kan? hahaha. sebenarnya malas jugak la kot sbb internet kat umah aku pun kdg2 bengong gak. sat leh connect sat takleh. mencik i! hahahaha. emm.

da masuk bulan june ni kekalutan mula terasa,bahang semakin membara,hati semakin meresah memikirkan hari kebahagiaan aku semakin hampir. "ya Allah ya Tuhan ku,aku memohon perlindung dan pertunjuk dari mu agar dipermudahkan perjalanan hidup kami dan dipermurahkan rezeki kami. hanya kepadaMu kami memohon ya Allah. Amin Ya'Rabbal'Alamin"..

segan nak cakap tp nak luahkan jugak ni,byk preparation aku tak siap lagi. first of all kursus kawin tak p lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!! adoila,kalut kalut! pastu hantaran masih dalam proses. okla tu kot,baju nak akad nikah tak antaq jahit lagi kot ni pastu baju pengantin nak pakai kenduri rumah aku pun tak p tgk2 lagi. pening pala! tu tak masuk borang tu borang ni nak kena isi sebab kawin ngn org luaq kedah. huhuhuhu. tok imam tak booking lagi. hehehe.
btol ka aku nak kawin ni? hahahaha. ya btol btol! aku memang nak menamatkan zaman bujang zaman idup sorg2 tahun ni. InsyaAllah,doa2kan aku ya kawan2. hehehe.

takpa,aku cuti panjang awal bulan june ni,so mungkin aku amik masa tu nak settlekan sdikit demi sdikit la kot. huhu. ah haaa,tema untuk kenduri rumah aku is kaler HIJAU MUDA PUCUK PISANG.. kot! hehe. nak p tgk dulu la kat butik K la kot. Butik abg aku amek dulu gak.

barang hantaran plak skit ja lagi nak settle. emm. apa lagi ek?

ini saja la dulu kot. nati aku cita lagi. hehehe.

wassalam!
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes