RSS

travelling again.

Assalamualaikum wbt

hari ini 30hb Oktober 2010 bersamaan 22 Zulkaedah 1431,saya mohd. izwan dengan bangganya mengisytiharkan bahawa kami akan travel ke Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia antara Kelantan VS Negeri Sembilan. Sebagai suami (bakal) yang penyayang terhadap isteri, saya tidak akan membenarkan isteri menyaksikan bolasepak ini tanpa kehadiran saya disisi walaupun abang kandung beliau juga ada bersama beliau. adalah lebih selamat sekiranya saya berada bersama isteri ketika menonton.

maka dengan itu, saya gerak dulu. jam sudah menunjukkan pukul 7.40am. masa untuk bergerak. terima kasih kepada encik rozaimi (mawi vsk) kerana teratak tidur yang beliau berikan. sekian, wabillah hitaufik walhidayah,assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

"Ya Allah ya tuhanku,aku memohon perlindunganmu supaya dilindungi sepanjang perjalanan kami dari segala kecelakaan serta perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku. Hanya dengan Mu sahaja aku memohon doa ini ya Allah. Amin ya rabbal'alamin."

Wassalam.

"GOMO KELATE GOMO"

pre-weds preview! :)

Assalamualaikum wbt.

here is some of the artwork produce by bro jj ismail. all copyright reserved jjphotographitti. lets enjoy his juicy and fresh photo. again,thanks jj ismail!

story line :

beginning,


2nd phase,


3rd phase,



happy ending,

pre-wedding photoshoot. DONE!

Assalamualaikum wbt.

semalam 16/10/10 aku ada sesi pre-wedding photoshoot bersama our sportrim,eh silap! with our sporting and supporting + handsome photographer abg jj ismail dan kak shahida bersama anak kembar dorg dan anak perempuan dorg. oh,semua aku sebut ni. hahahaha. penat la jugak tapi fun! abg jj pon memang sporting abes ah. big thanks to abg jj! double double double double double thumbs up brooooo!

sekarang ni tunggu abg jj touch up sket,mungkin hilangkan parut2 jerawat kat muka aku yg banyak2 tu. hahahaha. fun fun fun fun! nothing but fun for today journey. hahahah. aku pun dan ngantuk,penat driving penang - kedah. mau tidoq!

nite nite!

wassalam.


p/s : for jj ismail art work,please visit here : http://jjphotographitti.wordpress.com/

between.

Assalamualaikum wbt.


between....

HTC HD2
PS3
XBOX
ACCOUSTIC GUITAR
KSR 110

yang mana aku akan dapat dulu? hahahahaha.

done it one by one.

Assalamualaikum wbt.

done :

- tempahan kad jemputan kahwin
- tempahan set baju pengantin,pelamin dan bilik tidur
- tempahan photographer (encik asnizal)
- surat izin nikah

not done :

- (tak perlu diberitahu untuk mengelakkan kekalutan)

semakin aku...

"Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabat serta berikanlah keselamatan."


Assalamualaikum wbt.


banyak dan beratnya perkara-perkara yang bermain dalam kotak fikiran aku sekarang ni.

semakin aku cuba permudahkan,semakin susah jadinya.
semakin aku cuba meringankan,semakin berat jadinya.
semakin aku cuba bertenang,semakin serabut aku jadinya.
semakin aku cuba memperbaiki diriku,semakin jauh melayang jiwaku.
semakin aku cuba mencapai kejayaan,semakin hampir aku dengan kegagalan.

adakah aku gagal dalam mengawal hidup aku sendiri?



aku akan teruskan mencuba dan berjuang selagi aku mampu,selagi aku masih waras,selagi aku masih ada pegangan dalam hidupku. walau sesusah dan sepahit mana aku terpaksa telan,akan aku cuba menjadikan dan memberikan yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang. semoga segalanya dipermudahkan dan direstui Allah. hanya padaMu aku memohon segala-galanya.






PEACE . LOVE . EMPATHY

and today is SUNday.

Assalamualaikum wbt.

10.30am - hospital sultanah bahiyah amik ubat tambahan abah. ramai orang,mai pun lewat dah. sikap orang melayu. huhuhu.

12.00pm - jabatan pendaftaran negara tukar ic baru. orang tak ramai sangat. sayang soh wat rambut pacak tapi rambut panjang dan takmau pacak. buat biasa-biasa ja la. kena cas rm10.00

1.30pm - tabung haji masukkan duit dalam account mak. rm2000 kot. mak! mintak sket,nak beli motor kawasaki ksr 110.

2.30pm - kat rumah,tengok cita how to train your dragon. pastu ngantuk.
3.30pm - terlena. terlena. dan terlena lagi.
5.00pm - kat sorum strawbearu kat ct plaza. niat nak tolong bear pa yang patut tapi dia dah siapkan.

6.30pm - soljer bincang ngan pakwan tentang kad jemputan kawen. harap dia leh ekjas bawah rm1.00. leh save bajet sket.

9.00pm - kat big cinema,alor setar mall engok cita ENDHIRAN (super star Rajnikanth, Aishwarya Rai berlakon) ngn bear,munna ngn well. layaaaaaann seyyyy!! tapi trademark superstar rajni kurang la berbanding sivaji the boss.

12.30am - kat umah dah,tengok bola sket chelsea vs arsenal (chelsea menang 2-0). drogba ngan alex score. alex score freekick yang cantik dan meletup!

1.30am - menaip benda ni lagi. pastu blur. pastu tatau buat apa. pastu nganga.

Wassalam.

hari ini hari sabtu.

Assalamualaikum wbt.

Bangun pagi tadi ujan,wah! benda yang aku idamkan. hahahaha. bangun pagi pastu ujan. aku leh jadi pemalas semalas-malasnya. hahaha. tapi apakah daya,aku dah target nak p opis buat keja sket. so, kena bangun jugak la. mandi-mandi pastu siap-siap terus p opis,sampai opis kul 11.03am. teruskan aktiviti menyiapkan keja. dapat tau ayah tiri yuih meninggal pagi tadi.

kul 1.20pm aku kluaq opis p masjid bukhary. melawat yuih sebab jenazah simpan kat tanah perkuburan masjid al-bukhary. takziah untuk keluarga yuih. lepas siap semua,aku balik umah.

keluaq ngn mak plak p cari kain telekung ngn kain pasang. dah dapat!!!! yeyaaaaaayyyy!! dah settle 2 lagi benda hantaran. mak aku beli kain untuk buat kain tirai dapur,pastu beli kain cadar sepasang. hahaha. mentang-mentangla mak tengah kaya sebab dapat duit kutu,terus shopping sakan. huhu. kami p faizah butik,tapi tutup pastu terus p kay collection. dah tengok-tengok baju pengantin nak dipakai umah aku nanti. pakej pun ada skali seperti dibawah.

RM1350
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur

RM1800
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
pelamin pengantin

RM2300
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur
pelamin pengantin

RM2800
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur
pelamin pengantin
set meja makan pengantin

hahaha. itulah pakej-pakejnya. bleh tahan, tapi aku dok terfikir kalau bleh pelamin aku nak reka sendiri ja. tak susah sangat kalu ada bahan. hahaha. insyaAllah,tgk la camna nanti. apa-apa pun kena bawak tunang aku mai tgk sendiri la baju camna dia nak pakai nanti. aku tak kesah sangat kaler dan style. tapi bagi aku lebih baik tunang aku yang tentukan bab-bab camni. huhuhu.

last sekali,sekarang aku kat umah. tengah menulis benda ni la. hahaha. oklah,nak p solat asar sat. petang satgi kluaq p lepak minum-minum kat soljer bersama rakan-rakan.


p/s: mak tanya pasal motor tadi,cam ada rezeki nak angkat KSR 110 sebiji nampak gaya ni. hehehehehe.

p/s: mak kata "anna rafaeli menyanyi tak sedap. yuna pun tak sedap". terer toi mak aku leh kenai artis indie malaysia ni. hahahaha. even dulu pun dia tau "meet uncle hussien". huhuhu.

oklah. chow dulu

Wassalam.
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes