RSS

Redha

Assalamualaikum.

Ya Allah,

Aku redha dengan setiap ujian dan dugaanMu yang Kau turunkan kepadaku ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang sentiasa lalai dan pimpinlah aku ke jalan Mu yang terbaik ya Allah. Hanya Engkau yang tahu apa yang dipendam dan terpendam jauh disudut hati dan sanubariku ya Allah. Kau yang maha pengampun dan maha mengasihi.

Wassalam.

Reborn....

Assalamualaikum
Bismillah

Reborn? Yang pasti bukan rebonding nah. Saja, sejak sekian lama aku berenti menulih dalam blog ni, but in the past few weeks ago ada batu penggerak yang mengejutkan aku dari lamunan terhenti.. Pergh! Dah macam lagu plak.. Hahaha.. No no.. Semuanya berpunca dari Allahyarhammah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick. Sapadia tu? Aku rasa, ramai blogger kenai sapa dia. Kan an an? Ok, untuk memastikan ada post disetiap tahun.. Maka inilah post pertama untuk tahun 2014. Hahahahahahaaha.

Rare!!!!!!!!

Yala, tengok side bar la.. Kan ada every year punya post. Fufufufufu ~~

Gigih takmau terlepas tahun. Alhamdulillah tak miss tahun 2014 ni. Hahahahaha. Thanks to Arwah Yasmin Johan. Nanti aku ceritakan serba sedikit about Arwah and how she moved me to bangkitkan kembali blog yang takdak follower ni. Hahahhaa. Syok sendiri ja lebeyyyyy.... Hihihihihi.

Sampai jumpa lagi untuk post terbaru nanti.

Wassalam.

usaha tangga kejayaan

Assalamualaikum.

Bismillah.

Moga semuanya berjalan lancar untuk AZ KIARA KREATIF dan kami sekeluarga. Banyak yang perlu ditempuhi untuk dimasa hadapan.

Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dari Allah. Juga diberikan perlindungan dan kesihatan yang terbaik untuk ibu dan baby, kakak dan ayah. Amin ya rabbal'alamin.

Wassalam.

P/s : pergh! Untuk sekian lamanya aku stop menulis. Kembali semula. Huhuhuhu. Macam nak kena design lain ja blog berhabuk aku ni kan? Bye!

impian.

Assalamualaikum wbt.

impian. impikan apa? hahahaha. impian aku adalah menjejak kaki di Japan pada musim sejuk! hahaha. aku janji, walau sesusah mana pun aku selepas ini, disember nanti aku mesti jejak kaki ke tanah Japan ngan isteri dan anak aku. IT A MUST AND A PROMISE! hahahaha. preparation? belum ada pun kecuali backpack yang kami dah beli hari tu. hahaha. dari segi tiket, masih dalam pemerhatian. passport sekejap saja boleh siap, tak kalut sangat lagipun lambat lagi. visa dan itenirari saja belum pasti macam mana. masih survey nak landing kat haneda or kansai. masih dalam perancangan. nak tengok kat mana salji lebih! hahahahaha. baju sejuk pun belum beli. macam dicakap tadi, masih awal. nanti2 sajalah tengok.

tunggulah. aku pasti sampai. pasti!

Wassalam.

Tanda-Tanda Dalam 100 Hari Sebelum Mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .

anak ayah

Assalamualaikum wbt.

semalam termarah adenin zara, walaupun tak bermaksud  tapi kesian dia terasa gak. sampai takmau ngan ayah sekejap. ayah minta maaf adik, ayah takmau la marah2 adik dah lepas ni, ayah janji aku sentiasa melayan karenah adik camna adik buat k. kesian anak ayah, dah la ulser kat lelangit, demam malam pulak ditambah kena marah ngan adik, mesti otak adik berfikir macam2. sorry adik!


Wassalam.

vacation to japan on december?

Assalamualaikum wbt.

at first, we want to go to japan on june, but after some survey with my japanese friends (shion & yoichi), june is summer! so, it quite hot and not good for me as i not really friendly with summer or hot wheather, so we decided to go to japan on december. it is winter and cold that time! early december maybe. i do check with airasia for flight ticket but still not available yet. will continue to check it week by week if i care. hahahaha.

emmmmm. moga menjadi kenyataan untuk melawat jepun sebab ni lah negara yang paling aku nak lawati selama ni. untuk melihat sendiri kesopanan dan kebersihan negara jepun samada betoi atau tidak kata orang2 yang penah p sana. hahaha.

eh eh, sudah masuk 2013 dah!!!!! dan inilah post pertama untuk tahun 2013!! hahahaha. selamat tahun baru untuk semua, takmau tanya pasal azam baru or azam lama ampa semua. itu hak masing2 lah nak achieve macam mana or bila. bagi aku, aku berazam setiap hari untuk setiap benda yang aku buat. hahahaha.

oklah.

time to prepare backup tape.

Wassalam.

Faizal Hussein Wong



Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.


Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. 

Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. ..
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes