RSS
Showing posts with label tok. Show all posts
Showing posts with label tok. Show all posts

Tanda-Tanda Dalam 100 Hari Sebelum Mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .

20122012 chapter 4

Assalamualaikum wbt.

it a must! i will bring my wife and my daughter to visit japan next year before we cannot go anywhere anymore. hahahaha. i promise this! this should be my "present" to them for being up and down with me.

after japan, i must get up and be strong and come out with something good for me and my family. i will do something!!!!!!!


I WILL SURVIVE!
 I WILL SURVIVE! 
  I WILL SURVIVE!  
 I WILL SURVIVE! 
 I WILL SURVIVE!!!!!!!
      
Wassalam.

20122012 chapter 3

Assalamualaikum wbt.

soon will begin the new chapter of a "jobless" man. hahahaha. hope i dont loose my self-confident after this. year 2013 will be a hard challenge for me to survive! either i'll come out good, or drop dead? hahahaha. there is too much burden i will carry next year. hahahaha.

and more hope is, my wife and my daughter will always be by my side. without them, i cant live.

please. onegai shimasu!

:)

Wassalam.

baik baik sayangku :) love both of u!


Ada aku untukmu Nurul Atikah & Adenin Zara :)

past and future.

lost and found, it just a matter of time. no matter where were we. good and bad will come to haunt and cheers us up! smile peoples. we are just this world surrogate.

:)






live free.

hide and seek!



 please dont try this at your office.

Masuk Islam Kerana Seorang Budak Kecil

Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya. Kisah menarik ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Insha Allah.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


credit to : MR

Sakit Di Sendi, Tangan & Kaki - Petanda Penyakit Apa?

  • Sakit pada sendi
    • Rasa panas - menunjukkan ada luka di situ dan juga petanda sakit Pirai (Gout)
    • Tak panas - tanda sakit lenguh atau rheumatism
    • Sakit bahagian bahu - tandanya saluran darah jadi keras dan fungsi metabolisme tak seimbang
  • Kebas tangan
    • Pengaliran darah di bahagian atas badan tak lancar
  • Kebas tangan kiri dan lengan
    • Tanda lemah jantung atau sakit jantung
    • Kalau rasa kebas bertukar jadi sakit pada lengan dan kekal di situ elok segera ke hospital...bila-bila masa saja anda akan diserang sakit jantung.
  • Kebas kaki
    • Pengaliran darah bahagian bawah badan tidak lancar
  • Sakit tapak kaki
    • Buah pinggang lemah
    • Kurang bersenam
    • duduk terlalu lama
  • Sakit tumit kaki
    • Tanda fungsi alat kelamin lemah...buat sesuatu takut anda kemurungan!
  • Rasa panas pada tapak kaki
    • Penyimbangan fungsi buah pinggang
    • Lemah tenaga batin...buat sesuatu elak kemurungan
  • Gatal di celah jari-jari kaki
    • Tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)

teman pengganti by malique feat black.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum wbt.

tiada berita menggembirakan melainkan dapat tau isteri DAPAT TRANSFER je ALOQ STAQ!!!!!! Alhamdulillah! sangat best berita ni. sangat sangat best! speechless! tak terkata apa! sangat gembira!

ALHAMDULILLAH!


SYUKUR KE HADRAT ILAHI!

2 hari lagi menjelang Syawal! :)

Assalamualaikum wbt.




SALAM SYAWAL!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum wbt.



awal kan aku wish? hahahaha. saja ja sebab mood nak raya termasuk kepala sat tadi so aku pun merajinkan diri search kad raya. hahahaha. so SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI IN ADVANCE! hehehehe. tahun ni sekali lagi balik beraya dikampung isteri! cuma tak best beraya kat kelantan tahun ni sebab arwah mok takdak. sempat setahun ja beraya ngan mok. tahun lepas! time tu banyak sekali makanan mok masak untuk raya. pantang sebut nak makan apa, mesti mok usaha buat untuk kami. tahun ni, kosong kosong kosong. masak la apa makanan feberet pun, takkan sama ngan masakan mak! paling sedih sekali, aku tak dapat merasa solok lada mok yang terbaik tu lagi. emmm.
kami doakan moga mok berbahagia disana, selamat hari raya aidilfitri dari kami mok, al-fatihah.

walau apapun, hidup diteruskan. walaupun mok berapa "disana", kami disini tak penah lupa mok. moga mok doakan kebahagiaan kami disini dari "sana". sayang mok! tak sempat mok nak bermesra bermanja bermain dengan cucu mok adenin zara the crying princess! emmmm. nanti kami akan ceritakan "tentang maktok" kat dia dan akan bawak dia menziarahi umah mok. janji!

oklah, melampau panjang pulak aku menaip ni ha. sambung kerja!

Wassalam!

a big why...

Assalamualaikum wbt.

WHY?

yea. one big question in my life, even in your life, or should i say in our life! yea. why? see, sometimes, we start our day with WHY. yea. why? ok, lets see some examples below.

why we live?
why we eat?
why we sleep?
why we work?
why......
why.....
why....
why...
why..
why.
why!
see!!!! there is almost "WHY" in everythings.

can u answer it? i dont know. but i didnt find any answer for some 'why' in my life. why me? ahaa. good question! but why should i answer it? i dont know why. hahahaha. this 'why' thing always keep playing, reminding, and cycling in my head everyday!

i sick of it sometime.

tried to solve it but sometime it is getting worst. why............ i need an answer. i know im not good and dont deserved any goods for myself but i did everything i could for everyone. especially my family. why being so harsh to me sometime? i cannot seal every hole on my own but i tried!

sometime i reached my limit, im tired, im feel sorry for myself for trying hard to please everyone. but i wont stop here, i will keep it up, keep it up, keep it up! until i fall down.

its ok, i will keep my "why" in deeeeeeeeeepp bottom of my heart and cherish you all as long as i still breathing.

so, stop here, stop complaining.

keep walking till falling.

Wassalam and selamat sahur.

raya semakin hampir....

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? harap semuanya sihat dan bagus-bagus belaka dibulan puasa ni. moga lebih diberkati dan dirahmati Allah. emmmm, sedar tak sedar dan tinggal seminggu lebih ja lagi nak habis ramadhan. emmmm. lepas tu syawal.......... raya? harap isteriku kuatkan semangat. kita semua merasai kehilangannya, tapi hidup mesti diteruskan. tahun ni first time raya dengan anak tersayang, Adenin Zara!!!!! moga tahun ni zara dapat duit raya berbukit bukit! hehehehe. apa2 pun. semoga semuanya ceria-ceria selalu hendaknya. Amin ya rabbal'alamin.

Wassalam!

Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia

Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang s***

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada s***, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

this is SAMSUNG GALAXY TAB 2 10.1!!









Platform

  • 850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM&EDGE Band
  • 850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz 3G Band
  • HSPA+ 21Mbps / HSUPA 5.76Mbps
  • Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
  • Android Browser

Display

  • PLS TFT LCD
  • 1280 x 800 Internal Display Resolution
  • 10.1" Internal Display Size

Video

  • Video Player: 3GPP, ASF, AVI, MP4, WMV, FLV, MKV, WebM
  • HD (Recording)
  • Video Messaging: H.264
  • Video Streaming Supported
  • Video Telephony: H.264
  • Input Device: Touch
  • Video Wallpaper: Main LCD

Messaging

  • Messaging: SMS / MMS
  • Predictive Text Input T9 Supported
  • Email (POP3, IMAP4, SMTP, Exchange ActiveSync)
  • VCard/vCalendar available
  • ChatOn

Personal Information Management

  • Year / Month / Week / Day / Task Calendar
  • Up to Memory
  • Up to Memory
  • Real Time Clock, Dual Time Clock, World Clock
  • Worldtime available
  • Alarm available
  • Currency Converter available
  • Converter available
  • Calculator available
  • Memo Book available
  • Stop Watch available
  • Countdown Timer available

Design

  • Tablet Form Factor

Battery

  • 7,000mAh Standard Capacity

Music & Sound

  • Music Player : 3GP / AAC / AMR / ASF / MPEG4 / MP3 / WAV / WMA / 3GA / AWB / FLAC / MID / XMF
  • 64 Poly Rigtone
  • MPEG-4, AAC Ringtone
  • OMA 1.0, WMDRM, Playready
  • Earphone Only
  • 3D Sound Technology : DNSe 1.0 Music Library

Connectivity

  • Bluetooth 3.0
  • 2.0 High Speed
  • USB Mass Storage Supported
  • Wifi Supported
  • AGPS Supported

Call functions

  • Dialed Video Calls, Dialed Voice calls, Last Call Time, Received Video Calls, Received Voice Calls, Total Video Call Time
  • Caller ID available
  • 500 Dialed / 500 Missed / 500 Received Calls Function
  • Max 6 Multiparty
  • Speakerphone available
  • Voice Recongnition available

Physical Specifications

  • 256.6 x 175.3 x 9.7 Dimension
  • 588g Weight

Camera

  • 3 Megapixels
  • x4 Digital Zoom
  • Shot Mode : Normal / Self-shot
  • Photo Effects : Grey, Negative, Sepia
  • White Balance : Auto / Daylight / Incandescent / Fluorescent / Cloudy
  • ISO: Auto

Business & Office

  • Document Viewer available
  • Mobile Printing (BPP / Pictbridge)
  • Offline Mode Supported
  • Voice Memo, Voice Mail

Memory

  • 16GB Internal User Memory
  • Up to Memory
  • Up to Memory
  • Up to 32GB (microSD)

Further Information

  • C-Type Touch Screen

Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila :

1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.
17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.

sumber dari : malaysiaria

today and now.

Assalamualaikum wbt.

Al-Fatihah untuk Arwah mak.

Apa cerita kita sekarang? emm emm. achaner? tiada apa yang bagus dan best berlaku pun. Mak mertua aku telah selamat kembali ke rahmatullah pada 4 july 2012 bersamaan genapnya zara umur 9 bulan dan matinya roadtax kereta myvi aku. emmm. aku hanya sempat makan masakan mak untuk beberapa tahun ja. mak telah pergi jauh meninggalkan kami semua. tak penah terfikir mak akan pergi dulu dalam keadaan dia pun tidak sedarkan diri lagi ketika tu. emmmm. tiada lagilah solok lada yang sedap dan besar untuk aku makan. solok lada mak adalah yang terbaik penah aku makan!

emmm. moga roh mak tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin ya rabbal'alamin. benda lepas usah dikenang kan? life must goes on. yang masih hidup ni, banyak lagi rintangan dan dugaan yang bakal menyusul dalam kehidupan kita. apatah lagi Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. dari date posting aku ni, Ramadhan bakal tiba dalam 7 hari lagi bersamaan seminggu lagilah tu. huhuhuhu. moga ramadhan kali ni lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dan ketulusan meniti kejalan Allah SWT. moga aku, wife dan anak sentiasa dalam fadhilat Allah.

moga dimurahkan lagi rezeki di bulan Ramadhan nanti. sekian dulu dari saya. nak sambung buat kerja. ni pun kata take 5 tapi lebih dari 5 dah. panjang berjela jugak post aku ni ha. hahahaha. sebelum kena "pencen" awal. baik sambung keja.

Wassalam.

happy & unhappy june 2012.....

Assalamualaikum wbt.

dimulai dengan bismillah hirahmanirrahim.

emmmm. what with the happy & unhappy june? yeah. let me story some here. let's start with unhappy things. first of all, the most unhappy thing, the most sad story is ...... my mother-in-law was admitted to ICU ward hospital at kuala krai, kelantan on 17th june!! suspected liver cancer. sebelum dimasukkan ke hospital, mak muntah-muntah darah yang banyak dan hitam warnanya. adek ngan kakyu bawak p hospital pastu terus kena tahan wad dan terus koma sampai sekarang ni. it really surprised us all sebab mak tak penah setenat ni sakitnya. pagi mak sakit, tengahhari mak p spital check, petang terus warded dan petang tu jugak kami rush balik ke kelantan dari kedah.

dari apa yang aku cakap ngan doktor, saluran esophagus mak pecah, mengikut research aku buat, bila saluran tu pecah ia akan melibatkan hati. mak banyak bleeding kat dalam badan. doktor buat endoscope untuk kesan punca dan hentikan perdarahan. tapi keadaan mak agak kritikal. paling kritikal sekarang, ubat tidur yang diberikan kat mak dah habis tapi mak masih belum sedarkan diri. doktor cakap berkemungkinan masa first mak muntah-muntah tu darah dan oksigen dah tak masuk ke otak dan mungkin ini boleh mengakibatkan sel-sel otak mak mati. aku harap ini tidar benar dan harap semuanya akan kembali ok. dan paling terbaru sekali, mak dikesan hidap hepatitis b. hepatitis b?????? penyakit agak berbahaya dari research aku buat dan ia fatal.

bukan satu penyakit yang boleh dibuat main. the cure????? dont know! the doc still in the dark. but i do hope all the doctor pakar try their best to save my mother-in-law. this is not real!!!!!!!!!!!!! i just know her for about 2 years only. still have a lot to talk and to learn from you mak! please wake up! :__(( kami semua doakan moga mak cepat sembuh, sihat dan kuat seperti sediakala. moga Allah memakbulkan semua doa-doa kami ni ya Allah.

so, apa yang happy plak? emmmm. first, aku dapat sedikit "rezeki" untuk anak dan isteri. moga kami dipermurahkan lagi rezeki lepas ni. aku nak bayaq zakat ngan "rezeki" ni dan bagi kat anak dan isteri. aku tak perlukan sangat semua ni. cukup la dengan makan minum yang serba sempurna yang Allah berikan setiap hari dalam nafas ni. kedua pulak, berita happy dan unhappy... zara dah pandai merangkak dan memanjat tapi mak pulak terlentang kaku kat hospital. sepatutnya, mak la insan paling happy nak tengok perkembangan cucu perempuan sulung dia ni. ingat lagi mak selalu cakap masa mak mai kedah hari tu, "mak nak tido ngan zara"......... 2 malam kat sini, 2 malam cakap nak tido ngan zara tapi tak kesampaian hajat mak. mak, kalau mak dengar isi hati kami semua, moga mak cepat kembali kat kami dan zara. mak belum pass lagi ni dalam memujuk zara cucu mak tu. tolong sedar makkkkk!!

hari ni, latest news from hospital kuala krai is.... mak nak kena tebuk esok untuk masukkan saluran oksigen dan saluran makan. setakat sekarang mak dah guna 40 bag darah, dan mungkin memerlukan lagi darah. aku belum lagi menderma sebab jauh, isteri, adik dan kakak ipar semua dan pakat sedut keluar. harap aku dapat membantu secebis yang termampu. yang penting mak sihat ja!

emmm. setakat ni dulu, saya izwan rahman laporkan dari kanagawa prefecture, japan. terima kasih.

Wassalam.

harapan, hatikuuuuuuuuuuuuuu!

mengharapkan BONOOOS yang tak pasti!



hahahahaha!
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes