RSS
Showing posts with label nakal. Show all posts
Showing posts with label nakal. Show all posts

Pramugari VS Ulama

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

disember sudey!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dan syukur sebab masih sihat dan bernyawa ketika ini. eh? sudah disember laaaaahhh!
hahaha. hujung tahun 2012 dah, boleh dah ni nak merancang untuk cuti tahun depan. huhuhu. 1st trip untuk sekian lamanya tak p berjalan is cameron highland on 7hb nanti! huhuhuhu. lama sungguh tak p berjalan mana. pasni plan langkawi plak ah. leh membeli belah periuk. hahaha. sesambil tu, masuk disember, dah mainan baru. Fujifilm Instax 7s!!! ok jugak sepenggunaan aku. baru 6 keping gambar amek, slow sket sebab nak simpan film guna kat cameron highland nanti. huhuhu. oklah. ini dulu kot, nak continue buat keja ni.

curi-curi time keja menaip ni ha. report pun tak siap lagi, pepagi lagi mood nak menulis masuk. so teruskanlah hajat, kalau tak, memang lambat lagi la nak mengupdate! hahaha. oklah. and one more thing, zara sangat super aktif dan dah paham percakapan orang. huhuhu. suruh itu buat itu suruh ini buat ini. sesekali tengok dia tidur kat bantal ayah, nampak besar sangat zara sekarang. Alhamdulillah :) jadi anak yang solehah dan hormat orang tua k sayang ayah.

jangan nakal-nakal sangat tau! mmmmmmmuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!
to my wife pulak, love you so much! you complete me my dearie. without you, life can never be the same bebs! ni nak balik kelantan ngan zara pulak, ahhhhhhh! boring la ayah takda orang nak bertengkar and takda budak nak lompat2 atas perut ayah nanti. jangan lama2 sangat k. RINDU!


oklah.


Wassalam.

cute cosplay! :P

big fan with cheap cosplay. hahahaha. this is funny but cute!


credit goes to : MR

paper plane. this is fun!

Boleh mengisi masa lapang kat umah atau opis. kalau kat opis, make sure guna recycle paper ye, jangan guna paper baru. hahahahaha.



credit goes to : MR

bulu-bulu dan fungsi-fungsi!

Normal kepada setiap manusia yang ditumbuhi bulu pada bahagian tertentu. Setiap yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Mari kita lihat manfaat bulu-bulu yang ada di badan kita.
Rambut
Bagi manusia, rambut adalah mahkota kepada mereka. Jika style yang dipadankan tidak kena dengan wajah, kita akan kelihatan hodoh. Tetapi perkara yang paling penting mengenai rambut ialah dapat melindungi kepala kita dari sinaran ultraungu daripada matahari dan memanaskan kepala kita ketika sejuk.
Bulu Mata
Fungsi bulu mata selain kecantikan adalah untuk menahan peluh ataupun hujan daripada dahi memasuki mata. Bulu mata juga memperdalamkan karakter wajah anda.
Bulu Hidung
Bulu hidung yang ada di dalam hidung berfungsi sebagai penapis. Debu, bakteria dan lain lain lagi benda yang halus yang disedut oleh hidung kita akan ditapis oleh bulu hidung. Bulu hidung juga meningkat kelembapan udara sewaktu kita bernafas.
Misai, Janggut, Bulu Dada, Bulu Perut 
Fungsi misai, janggut, bulu dada, bulu perut adalah menunjukkan bahawa seseorang lelaki itu sudah mencapai akil baligh dan dewasa. Selain itu ia adalah salah satu perbezaan di antara lelaki dan perempuan.
Bulu Ketiak
Fungsi bulu ketiak adalah bertindak sebagai anti geseran, iaitu ia dapat mengurangkan geseran dibawah lengan kita. Selain itu, bulu ketiak juga mengusir kelembapan dari kulit dan membantu kulit kita supaya lebih kering untuk mencegah bakteria yang mengeluarkan bau..
Bulu Tangan dan Kaki
Anda bayangkan jika anda berjalan di semak samun jika ketiadaan bulu kaki dan tangan. Mesti tangan anda akan merasa lebih gatal dan mudah terkena bakteria. Oleh itu, fungsi bulu tangan dan kaki adalah sebagai pelindung kaki dan tangan anda.
Bulu Pubis 
Pelbagai spekulasi telah dibuat berkaitan bulu pubis ini. Antaranya, bulu pubis memberi kehangatan kepada alat kelamin untuk kematangan seksual. Selain itu ia mengelakkan geresan luar ketika hubungan melakukan hubungan seks. Kawasan yang ditumbuhi bulu pubis ini adalah kawasan sensitif. Oleh itu ia menjadi pelindung bagi kawasan ini.
Mungkin banyak lagi fungsi-fungsi bulu pada badan kita ni. Ini hanya sebahagian daripadanya. Saya hanya ingin berkongsi. Seperti contoh janggut, ada kajian menunjukkan bahawa ianya juga meningkatkan penghasilan hormon estrogen lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat. Sekian~~

ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum wbt.

tiada berita menggembirakan melainkan dapat tau isteri DAPAT TRANSFER je ALOQ STAQ!!!!!! Alhamdulillah! sangat best berita ni. sangat sangat best! speechless! tak terkata apa! sangat gembira!

ALHAMDULILLAH!


SYUKUR KE HADRAT ILAHI!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum wbt.



awal kan aku wish? hahahaha. saja ja sebab mood nak raya termasuk kepala sat tadi so aku pun merajinkan diri search kad raya. hahahaha. so SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI IN ADVANCE! hehehehe. tahun ni sekali lagi balik beraya dikampung isteri! cuma tak best beraya kat kelantan tahun ni sebab arwah mok takdak. sempat setahun ja beraya ngan mok. tahun lepas! time tu banyak sekali makanan mok masak untuk raya. pantang sebut nak makan apa, mesti mok usaha buat untuk kami. tahun ni, kosong kosong kosong. masak la apa makanan feberet pun, takkan sama ngan masakan mak! paling sedih sekali, aku tak dapat merasa solok lada mok yang terbaik tu lagi. emmm.
kami doakan moga mok berbahagia disana, selamat hari raya aidilfitri dari kami mok, al-fatihah.

walau apapun, hidup diteruskan. walaupun mok berapa "disana", kami disini tak penah lupa mok. moga mok doakan kebahagiaan kami disini dari "sana". sayang mok! tak sempat mok nak bermesra bermanja bermain dengan cucu mok adenin zara the crying princess! emmmm. nanti kami akan ceritakan "tentang maktok" kat dia dan akan bawak dia menziarahi umah mok. janji!

oklah, melampau panjang pulak aku menaip ni ha. sambung kerja!

Wassalam!

Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia

Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang s***

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada s***, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

HULK JADIAN YANG LAWAK!!!!!!

SEORANG lelaki di Brazil yang terlalu ingin menjadi seperti watak fantasi 'superhero' The Incridible Hulk mengecat dirinya dengan warna hijau agar kelihatan serupa dengan watak filem tersebut.
Namun akhirnya lelaki itu terkejut apabila mendapati bahawa cat hijau yang mewarnai badannya itu tidak dapat dipadamkan meskipun sudah dicuci berulang kali.


Lelaki berusia 35 tahun itu akhirnya menyedari bahawa cat yang digunakan untuk mengecat badannya itu merupakan cat kekal yang biasa digunakan sebagai pewarna peluru berpandu dan kapal selam.
Menurut sebuah laman sesawang berita Brazil, extra.globo.com, Paulo yang juga bekerja sebagai seorang DJ telah pergi membeli cat jenama biasa digunakan untuk mengecat dirinya sebagai Hulk, namun kedai tersebut telah kehabisan stok.
Dalam masa yang singkat Poulo bagaikan selebriti kerana menjadi tumpuan pihak media tempatan yang membuat liputan terhadap kisah lucunya itu.
nota : korang jangan gelak dia ek? kesian dia,.. tp.,, aku nak gelak jugakk.. ahahahahahahahaha... ahahahahahahaha...

amek dari : malaysiaria

6 sebab kenapa memilih guru sebagai isteri :))

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.


6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya.

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

oh men! women do grown up! hahahaha :P


kisah awang kalut! (LOGHAT UTAGHA PIAW!)

gaya baby tidoq!


gaya 1,2,4 dan 6 memang gaya Adenin Zara tidoq. buas sangat!

sami vellu yang melawakkan pun hadoi!

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

orang dulu orang sekarang

Kalau dulu....

  1. Orang buat rumah sendiri. 1-3 tahun dah siap.
  2. Guna baju kebaya ketat, cantik.
  3. Isteri di dapur, suami cari nafkah.
  4. Satu komputer satu rumah.
  5. Orang hantar duit guna pos.
  6. Dulu satu kereta satu rumah.
  7. Anak kena marah kalau gagal periksa.
  8. Murid kena cari guru untuk kelas tuisyen.
  9. Kena tinggal bas sekolah kalau lambat bangun.


Sekarang.....

  1. Orang tunggu rumah siap dibuat orang. 5 tahun tunggu pun tak siap2. Jadi projek terbengkalai.
  2. Guna baju kebaya ketat, seksi... terus jadi gosip hangat.
  3. Suami di dapur, isteri cari nafkah.
  4. Satu 'laptop' satu orang. Dalam rumah lebih dari satu orang.
  5. Sekarang tekan2 butang, duit dah masuk.
  6. Sekarang satu orang, 2-3 buah kereta.
  7. Cikgu kena marah kalau anak gagal periksa.
  8. Sekarang cikgu yang cari murid untuk tuisyen.
  9. Bas sekolah tunggu depan rumah.

kisah orang berkahwin..... lalalalala......

Pada malam jumaat seorang suami memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai lelaki..

Suami: Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat (sunnah rasul), bererti kita telah membunuh 40 setan.

Isteri: Macam tu bang, Kalau main 2x bang??

Suami: Bererti kita membunuh 80 Setan

Isteri: Kalo 3x bang ???

Suami: 120 setan

Isteri: Kalo 4x bang ???

Suami: 160 setan

Isteri: Kalau 14x pulak bang ???

Suami: Itu kau nak BUNUH AKU.... SETAN!!!....

bila kita............

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati

tabiat orang dibilik ayaq!

Pakaian
Kain baju yang ditinggalakan sebelum mandi dibiarkan macam tu je bersepah-sepah, tak kira la sama ada di bili air tau bilit tidur.

Sabun
Dah ta sabun tu dah kecik tak reti nak ganti tapi bila tengah mandi terjerit-jerit mintak tolong ambikkan sabun baru.

Ubat Gigi
Dah calit ubat gigi kt berus tak reti nak tutup balik tiubnya, pastu ubat gigi bersepah kat lantai bili air tak dibersihkan.

Tak Flush Toilet
Biasanya bila mandi mesti buat pakej mengisi tangki kumbahan tapi tak reti nak flush. Lepas mandi ditinggalkan bahan buangan terapung.

Merokok
Spesies perokok pulak bila nak mandi pun nak berasap dulu. Dah merokok tapi puntungnya bersepah-sepah dalam bilik air.

Membazir Elektrik
Tak kira siang atau malam, asal masuk je bilik air mesti nak on lampu tapi bila keluar tak reti nak padamkan.

Tak bawak Towel
Mandi tau tapi towel tak reti nak bawak, lepas tu sibuk terjorit-jorit mintak tolong orang ambikkan towel.

Membazir Air
Mandi berjam-jam sampai air penuh melimpah dari kolah tak reti nak tutup paip. Dibiarkan je air paip mengalir membazir.

Tak Lap Badan
Dah tau lepas mandi tu lap la badan sampai kering... ni tidak, ikat towel terus keluar dari bilik air sampai lantai rumah basah dan licin.

best poems from African Boy.

When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black


And you white fellow

When you born, you pink

When you grow up, you white

When you go in sun, you red

When you cold, you blue

When you scared, you yellow

When you sick, you green

And when you die, you gray

And you calling me colored?

Encik Sameon yang lurus...

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes