RSS

Karamah Mujahideen di Perang Gaza

Karamah Mujahideen di Perang Gaza.

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera
Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari
udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula
infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang
membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar
Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,
Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru
ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang
sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.
Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.
Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah
ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung
tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut.
Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil
oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat
mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak
dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh
dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua
belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila
ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan
apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut
masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa
matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian
putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam
Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih
ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan
yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,
Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad
Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain
kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan
pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk
dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia
adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi
segala sesuatu. " (Fussilat:52).


Ustaz Abdul Halim (IniJalanku)

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes