1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
3rd night of work out.
From
Izwan Rahman
on Sunday, July 25, 2010
malam ni masuk malam ketiga aku p gym. cheeewah! steady ah! hahaha perubahan tatau la,tapi berpeluh tu menakjubkan gak la. byk gila. tatau la leh kurus ka tak. tapi hopefully at least ada la sedikit perubahan. bukan nak bagi naik muscle2 kental cam aaron aziz pon,saja work out utk stamina ngan keluarkan peluh ja. huhuhu. dari dok umah saja2 tak buat apa2. kan?
malam ni aku buat extra work out. ni well la ni ajak angkat2 besi. okla,sebab bukan kali pertama aku angkat besi. so tak rasa2 sengal or sakit2 badan sgt pon. okla kan. alhamdulillah takat ni aku dah leh control makan. tak mau ikut nafsu sgt dah lagipun nak start puasa dah bulan depan. kira aku praktikkan utk bulan Ramadhan yg mulia nanti. hehehehe.
aaaaaaa,tak lama lagi abes bulan julai,nak masuk bulan ogos dah. abes raya ja tinggal lagi 3 bulan untuk aku membujang trang tang tang. lepas tu kena gari la aku. hahahaha. aku bakal berumah tangga dah kot. adoyai,tak lama dah tu. preparation pon tak siap byk lagi ni. kena pulun sket la. adoi.
emmm. oklah,aku nak basah2 badan sat. tunang pon dok tunggu aku call dia balik tu. huhu. oklah. sampai sini dulu.
wassalam.
JM5 wooooooo~
From
Izwan Rahman
on Wednesday, July 21, 2010
Assalamualaikum WBT.
aritu tunang aku belikan aku JUSMATE 5 utk kuruskan aku. hehehehe. tgk la camna jadi pasni. aku tgh amalkan dan usahakan yg termampu. kadang2 kan,kalo tak guna benda2 camtu pun leh ja nak kurus tapi disiplin ngan nafsu kena kuat la melawan godaan makanan yg sedap2. kan kan? huhuhu. sebelum ni aku leh buat woh,sebulan turun 20kg!!!!!!
makan roti kering ngan milo panas ja siap,malam tidoq awai. bgn lewat2 malam tak larat nak makan pastu tidoq balik. huhu. kalo tak tidoq awai,aku jogging dalam umah pusing meja makan. leh ja kurus. kadang2 ari minggu p jogging kat taman rimba dan kadang2 ari kerja aku jogging kat belakang umah pusing taman.
tapi sekarang? tah la,tgh melawan tahap kemalasan aku,serta tgh cuba menahan nafsu makan dan kembali aktif bersukan. sukan?? apa yg aku buat ek? badminton jaaaaa~ huhuhu. kena tingkatkan usaha lagi. ganbatteeeeee yoooo mudddd! huhu.
oklah,chow! nak kobarkan yg ni ja. hahahaha.
aritu tunang aku belikan aku JUSMATE 5 utk kuruskan aku. hehehehe. tgk la camna jadi pasni. aku tgh amalkan dan usahakan yg termampu. kadang2 kan,kalo tak guna benda2 camtu pun leh ja nak kurus tapi disiplin ngan nafsu kena kuat la melawan godaan makanan yg sedap2. kan kan? huhuhu. sebelum ni aku leh buat woh,sebulan turun 20kg!!!!!!
makan roti kering ngan milo panas ja siap,malam tidoq awai. bgn lewat2 malam tak larat nak makan pastu tidoq balik. huhu. kalo tak tidoq awai,aku jogging dalam umah pusing meja makan. leh ja kurus. kadang2 ari minggu p jogging kat taman rimba dan kadang2 ari kerja aku jogging kat belakang umah pusing taman.
tapi sekarang? tah la,tgh melawan tahap kemalasan aku,serta tgh cuba menahan nafsu makan dan kembali aktif bersukan. sukan?? apa yg aku buat ek? badminton jaaaaa~ huhuhu. kena tingkatkan usaha lagi. ganbatteeeeee yoooo mudddd! huhu.
oklah,chow! nak kobarkan yg ni ja. hahahaha.