RSS

menjadi warga PEKAN DARAT!

Assalamualaikum wbt.

hari ni sempat post blog. penat sangat ah memunggah, menyimpan dan menyusun barang setelah pindah ke rumah baru ni. tapi Alhamdulillah la. terima kasih banyak2 kat adik2 n kakak ipar yang mai jauh dari kelantan nun dan juga sebelah family aku,pakcik & auntie n abang aku n family dia. sebab sudi turun mai penang angkat dan menyimpan barang kami yang banyak tak terkata tu. huhuhu.

okla kawasan baru ni, kedai runcit dekat, restoran siam dekat, mini pasar malam setiap isnin, kedai daging or ayam depan rumah ja (kedai tuan umah), kedai makanan tengahhari pun banyak, bihun sup n segala la ngan air2 yang berwarna warni, pagi2 pun ada pakcik n makcik2 jual nasik lemak tepi2 jalan yang dekat. huhuhu. Alhamdulillah. segalanya dekat dan mudah sangat2.

Syukurlah dapat umah ni. huhuhuhu. cuma sekarang ni yang kurang adalah PETI SEJUK! huk huk. kena p cari gak ni sebelum bulan puasa. leh simpan barang n air2 sejuk especially untuk aku la. huhu. wife aku terang lagi bersuluh takleh minum ais sangat sebab tengah pregnant.

huhu. oklah, tak larat menaip dah, tadi sedap2 tidoq diganggu oleh orang bonuslink. bengong ja. sebbaik terputus panggilan tu, terus aku tak jawab la panggilan kedua tu. hahahahahaha. oklah! nak rest2 n sambung buat keja plak. chow dulu yea.

Wassalam.

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes