lagi 2 hari kita sambut RAMADHAN :))
Haaa. nak story apa lagi ek? tengok pada tajuk la. RAMADHAN! ya betol, ramadhan bakal menjelma lagi 2 hari ja. huhuhu. tak sabaq nak berpuasa la, ni la first time berpuasa as husband & wife :) hehehe. sukanya aku, macam-macam juadah akan dapat kita lihat nanti, anak-anak kecil belajaq berpuasa, semayang terawih, dapat "more" lepas semayang, main mercun, main polis sentri, tak lupa jugak pasang pelita kat keliling rumah (kepada orang2 dok kampung cam aku ni), lampu "liplap" digantung kat bumbung dan macam-macam lagilah kan!! urgggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh. bestnyaaaaaaaaaaaa!! huhuhuhu.
eh eh, comelnya bakal ayah ini.... hek hek :P
tengok jela, malas nak ceritalah. hahahaha. to Nurul Akma a.k.a Faziera a.k.a Adik Ya, jangan jeles yaaaa~ hok hok~
hey hey, Selamat Hari Suami :)
sayang, nothing i can say more than " I LOVE YOU VERY MUCH ".
menu dinner kami minggu-minggu lepas :))
Alhamdulillah, syukur ngan rezeki yang Engkau berikan kepada kami ya Allah. dan thanks jugak kat wife tercinta sebab berusaha masak untuk dinner kami walaupun beliau penat lepas balik kerja. THANKS sangat sayang. and masakan sayang pun adalah terbaik dari dapur kita!!!!! THANKS!!!!! LOVE YOU!!!!
NAH! pantang larang orang tua-tua.
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ’semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi s***.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang s***.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Nota Kaki: Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
dinner yang mengenyangkan!!! :))
yeyeh! semalam makan masakan tangan isteri aku lagi. sedap woh! nampak ja sikit tapi kenyang tahap gaban z belah 80 woh! aku lagi suka makan macam tu dari makan bermacam2 hidangan lebih2 lagi masakan dari isteri tercinta. thanks sayang n baby sebab masak untuk 'abah'! :))) next time yang masak plak takpun malam ni yang buat burger daging special. nak nak?? hehehe. :) oklah. ada post ada la gambaq menyusul. check it out yoo!
GAMBAR proses kejadian manusia :))
"Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar. Yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. Sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati)." (Surah At-Thaariq : Ayat 5 - 8)
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " (Surah Al-Insaan : Ayat 2)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain, maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Terbaik". (Surah Al-Mukminun : Ayat 12 - 14)
Sel sperma cuba menembusi telur
Bentuk pronuclei
Zigot
Perkembangan janin selepas 4 minggu
Perkembangan janin selepas 8 minggu
Perkembangan janin selepas 12 minggu
Perkembangan janin selepas 16 minggu
Perkembangan janin selepas 20 minggu
Perkembangan janin selepas 28 minggu
Perkembangan janin selepas 36 minggu
Kelahiran bayi
our dinner last night! :)))) love it love it!
semalam dinner kami ialah sup pedas ayam dengan ikan goreng! yea yea. apa? tak banyak? yela. buat apa nak masak banyak2 kalau tak abes makan. membazir ja tu kan. lagipun kami 'bertiga' ja yang makan. so tak perlu masak banyak2 pun. huhuhuhu. cukup and bersyukur ngan rezeki yang tuhan dah bagi kami makan semalam :)) oklah, cakap banyak takmau ah. gambaq sudah diuploadkan. :))
keperluan mommy & baby....
hop hop~. tak lama dah ni. persediaan dah kena buat dah ni. masuk 7 bulan dah. kalau baby tak sabaq nak keluar kalut ni. huhuhu. first sekali nak kena sediakan barang2 keperluan baby & mommy la. daddy takpa, daddy leh keluar dari wad. huhu. barang-barang dah list down kat bawah ni. apa yang kurang apa yang terlebih sila bagitau yea. tochei tochei!
Persediaan Si Anak
1- 1 alas untuk menyalin lampin
2- 10 helai lampin pakai buang / lampin biasa dengan lapik plastik. (cloth diaper lagi elok. kan?)
3- baby wipe (tisu basah)
4- krim diaper
5- 4 or 5 helai baju dan seluar bersih.
6- 2 plastik beg or 1 water proof punya bag untuk letak lampin/baju/kain kotor yang basah.
7- 3 helai kain muntah. (perlu ka?)
8- 2 helai sweaters dan topi.
9- 2 selimut yang ringan.
10- 2 tuala mandi.
11- 3 or 4 stoking kaki dan sarung tangan baby.
12- minyak telon (minyak yu yee), mandian baby, losyen, bedak, minyak baby dan lain-lain.
13- 3 helai barut baby.
Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin.
1- mama & papa punya ic
2- kad lawatan hospital atau lebih dikenali sebagai buku merah
3- handphone & camera (nak merakam gambar baby!)
4- Al-Quran
5- buku atau magazine (kalau la si mama ni rajin membaca kan. huhuhu)
6- 2 helai t-shirt lengan panjang ataupun blouse.
7- 2 helai kain batik
8- 2 helai sweaters
9- 2 pasang tudung
10- set pakaian dalam (ikut berapa pasang si isteri nak)
11- 2 set stoking kaki yang tebal
12- sehelai tuala mandi
13- 2 helai tuala muka
14- set mandian mama (sabun,berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat, gincu... gincu??)
15- buah kurma (usop tayup! har har har :P)
16- air zam zam (kalau leh dapat bekalan ek sayang. yang usahakan k!)
17- maternity pad (pad bersalin) ..... (perlu ka aku translate ke bahasa melayu?) hahaha.
last sekali, prepare duit lebih. sebab tak pasti mana nak bersalin. kalau gomen punya spital takdak masalah sangat tapi kalu swasta punya? huhuhuhu. sendiri mau fikir la papa!
insyaAllah papa sediakan yang terbaik untuk mama & baby. papa usahakan yang terbaik!
SUBHANALLAH.
Cuba kita renung2kan dan hayati kebesaran ALLAH S.W.T, kejadianNYA cukup mengkagumkan. MASYALLAH, SUBHANALLAH. Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11, bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor akhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, jumlahnya ialah 111 untuk semua orang. Pada bulan oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu, ia hanya berlaku pada setiap 823 tahun. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA KAYA. renung2 dan hitung2kanlah. Moga kita diantara hambaNYA yang berIMAN dunia dan akhirat. INSYA'ALLAH. AMIN.