RSS

cita-cita anda apa ya?

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

haruan ni tak makan anak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ada cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, p keluar.

berfikir sebelum menjawab

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".

"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju.

"Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

bolasepak negara

sentuh pasal politik,aku dah naik muak ngn perihal politik kat negara kita ni negara malaysia.. macam2.. baik dalam negeri dan mau pun sukan.. kedua2nya agak memalukan,kalau penduduk Palestin tgk mesti depa gelak.. sukan pun sama,asyik2 baca paper mesti pasal FAM! awat huh?
bubarkan ja la kalu tak reti nak handle bolasepak malaysia.. kalah ja salahkan coach,tak menang salahkan pemain,gol terlepas byk salahkan keeper.. bila menang ja,FAM yg dpt nama.. ada ka nama2 pemain yg berbakti untuk negara tu kluaq paper??????? ada la jugak,tapi tak sebanyak berita memuji FAM pon.. aku syorkan,buat rombakan baru dalam FAM.. yg *OTAI tu patut dah kot letak jawapan bg yg muda2 dan berpengetahuan tentang bola lak handle hal ni.. ada ka patut bg org yg reti men POLO handle BOLASEPAK.. tak patut tak patut.. hahahaha.. aku sayangkan bolasepak negara.. nama sgt baik masa sebelum aku dilahirkan.. tapi skrg??? ya Allah ya Tuhanku,hancur sikit demi sedikit.. krisis dalam dan luaq.. sebab apa huh?duit??? atau pentadbiran yg lemah??? aih.. apa2 pon,selama maju jaya untuk skuad negara,skuad kebanggaan rakyat malaysia.. moga terus maju dalam arena bolasepak seperti vietnam dan thailand.. last kata dari aku.. buat rombakan besar-besaran dalam pentadbiran FAM ataupun BUBARKAN terus jika masih sayangkan bolasepak negara..

website FAM : http://www.fam.org.my/

GAZA will never die!



walaupun negara kita tenang dan aman (hanya politik saja yg tgh kemelut,melayu vs melayu.. memalukan bangsa..) jgn lupa untuk mendoakan kesejahteraan umat islam yg sedang berperang untuk hidup di Gaza,Palestin..

hakikatnya perkahwinan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

1) Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2) Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

4) Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

5) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6) Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7) Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

SUCKER BUSH? He's Jobless!


may you rest in peace in hell you enemy of the world.

cape no 7

aku bukannya peminat cerita2 korea ataupun taiwan,tapi aku dapati cerita/filem ni agak menarik.. perjalanan sebuah kampung yang nak tubuhkan band dan tentang surat yang tak diutuskan sekian lama sampai penulis surat tu dah mati,tentang sorang laki susah nak luahkan perasaan last2 luahkan dalam lagu ciptaannya.. pelakon pon comel2 gak,ahahaha.. pakcik postmen pon lawak ja dan garang lak tu.. oklah cerita ni,bagus gak untuk tontonan umum.. betol la orang kata, lom cuba lom tau.. aku memula taknak tgk cerita ni,tapi bila tgk.. best gak ah! hahahaa..

p/s: cuba benda yg elok2 ja k,benda tak elok tak bermoral harap hindarkan.. hindarkan bukan hindra*kan.. wassalam..

CAPE NO. 7



cerita ni byk menggunakan bahasa taiwan dan jepun memandangkan hero dari taiwan dan heroin dari jepun.. huhuhuh.. meh la tgk weh! p cari kat kedai dvd sebab aku pon pinjam dvd cerita ni dari orang.. hahahaha..
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes