RSS

dah nak dekat 2012 dah.....

Assalamualaikum wbt.

lama tak update blog buruk aku ni kan? huhuhuhu. bila la nak dapat blackberry curve 8520 ek? emm. walaupun blackberry tu murah tapi takdan aih nak sambaq sebiji pun. adoi la. huhuhuhhuhu. takpalah, ada rezeki dapat la kan. nak menaikkan semangat lagi, upload la sebiji gambaq dan video blackberry curve 8520 untuk tatapan aku dah umum. huhuhu :P





bye!

Wassalam!

menatap wajah yang tersayang...

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu..Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... " Wallahualam…..

so... it's November now eh?

11111

why?

why everyone is blaming me or just want to find something not-so-good about me?

WHY?

WHY?
WHY?
WHY?
WHY?
WHY?
WHY?
WHY?
WHY?

no story for today :)

Assalamualaikum wbt.

lama tak hapdet blog ni. hahaha. agak sibuk sikit la ngan aktiviti harian dan menjadi seorang ayah yang berdedikasi ni kan. huhuhuhu. Alhamdulillah syukur ngan rezeki yang Allah telah perturunkan kepada aku. :) rindu zara, try cuba buat tiap2 minggu balik jengok zara kat kampung kat klantan sana nun. lepas raya baru balik jumpa tok kat kampung sakan plak kan. hehehehe. nak bagi zara dok dalam environment baru plak pasni. huhuhuhu. apa2 pun aku akan cuba hapdet blog ni sebanyak mungkin k. insyaAllah.

oklah, lenkali plak.

Wassalam.

Bayi & perkembangan setiap bulan.

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas :
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

nama diberi ADENIN ZARA BT MOHD IZWAN.

Assalamualaikum wbt.

secara sahnya nama baby girl aku ialah ADENIN ZARA. bermakna PUTERI SYURGA dalam islamnya. bagi aku nama dah sepadan orangnya dah la. bagi aku la kan, untuk puteri aku sorang ni. huhuhuhu. sekarang aku dah kat aloq staq, kat kampung dah pun. tinggallah baby ngan wife aku kat kuala krai kelantan. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat ngan baby n wife aku!!!!! dah la first time dapat baby and jadi ayah, first jugak la tinggal baby lama-lama. emmmm. takpalah, nanti dapat la kot habuan yang terbaik untuk kami. insyaAllah.




(baby birth certs)

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!!

Assalamualaikum wbt.


pertama sekali, aku SANGAT BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI atas kurnia yang Engkau berikan kepadaku ini ya ALLAH. kurniaan yang aku percaya setiap insan yang berkahwin mesti mahukan hadiah ini ya Allah, dan Engkau kurniakan kepadaku zuriat yang sangat sempurna bagiku ya Allah. aku berjanji akan menjaga dan mendidik zuriatku ini kejalan yang benar kejalan Mu ya Allah ya tuhanku. dengan tangisan syukur dariku, aku sangat berterima kasih kepadaMu atas segalanya. atas kesihatan isteri dan anakku ini ya Allah.

dan untuk pengetahuan semua yang melawat blog ini, isteriku selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel n sempurna bagiku pada 04/10/11 jam 5.07pm seberat 3.2kg. aku sangat bersyukur untuk segalanya. setelah 7 jam isteriku menahan kesakitan, setelah 50 minit isteriku melawan keperitan untuk beranak normal tapi tidak kesampaian akhirnya isteriku dimasukkan ke bilik bedah pada jam 4.50pm. akhirnya pada jam 5.07pm lahirkan seorang insan kedunia ini dengan tangisan didalam bilik bedah itu. walaupun kesakitan, isteriku menjerit bukan kerana sakit tapi kerana gembira dengan baby yang baru dilahirkan itu. hilang segala kesakitan beliau apabila pakar bedah meletakkan baby kepangkuannya setelah sedar dari bius. Alhamdulillah!

aku orang pertama yang dipanggil pembantu perubatan dari semua ahli keluarga yang berkumpul menunggu isteriku diluar bilik bedah tu untuk melihat anak sulung aku tu. sebagai ayah, aku layak dan menjalankan tanggungjawabku untuk qamatkan anak aku tu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan airmata yang jatuh tanpa aku sedari. kenapakah agak skema cara penaipan dan perceritaan aku ketika ini hah???? hahaha. tadak pa, aku excited sangat nak menulih kot kan? ofkos la aku excited. anak sulung aku, zuriat aku, pewaris aku camna pun!!!! hehehehhe.

rambut lebat baby aku ni, as expected dah bila tengok kelakuan wife aku ketika mengandungkan dia. asyik sangat nak terkencing. huhuhuhu. takmau la cerita banyak, gambaq aku letak sekeping ja, nak tengok lebih p kat laman facebook aku nah. click ja kat sini -> izwan rahman <- dan kepada yang tak friend ngan aku lagi, add friend sajalah kalau sudi nak tengok. tapi baik tengok, sebab COMEL sangat baby aku tau! hehehhe :)

for my wife, i pray for speed recovery for you my dear honeymommy. and for you my sugarbaby, i pray for speed "membesaq" k baby. love both of you sooooooo muchhhhh!!!!

muuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam.
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes