RSS

cikgu nasyor dan mat muridnya

PART I
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring
dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh
basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada
mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu
Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab
tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."



PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah
bertanya kpd murid²nya.
Cikgu Nasyor : Siapa nak masuk/pergi syurga?
(Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun
bertanya..)
Cikgu Nasyor : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan
pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu Nasyor: Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan
tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah....... emak sedang membuat
kek di dapur.
Cikgu Nasyor : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas
batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun
pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis
kelas..

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes