RSS

20 perkara wanita benci tentang lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara
sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka
mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih
dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke
kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana
hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka...macammana tu?

3. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan
memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat
cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat,
bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN

Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila
mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala
kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap
menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal
satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang
carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang!
Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal
kerana setiap dari kita ada barannya, ***a kena pandai-pandai mengawallah.

Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini,
naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak
rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini
tidak...asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan
pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...membawa kesan juga pada orang
sebelah menyebelah.

Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak
mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan
lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan
sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka
termasuklah memimpin kaum wanita.

Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang
tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka
mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati
mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka
sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan
perasaan kekasihnya.

9. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan
cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama
kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN

Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku
merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan
seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan
lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih
perasan tuu...ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak
mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan
pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak
mementingkan perasaan kekasih...egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum
wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian
tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan
dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita
sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar
pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita
itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'.
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya
tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita
sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan...apa cerita ni??
Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni
selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar
bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi
pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,
seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa...

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang
jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant
dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau??
Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat
menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas
melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara
mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki
mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun
menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan
hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?
Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda
selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti
si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan
kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun
menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan
sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba
dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa
asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara
begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui
juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan
keadaan, melepaslah anda!

Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama
bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya
mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak
perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat
penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata
wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Sekian je hasil kaji selidik yang dilakukan...

Wassalam..."

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes