RSS

raya melabuhkan tirai. keja la plak!

Assalamualaikum wbt.

selamat pagi diucapkan memandangkan time aku post ni ialah 9.38am. huhuhuhu. belum breakfast lagi dan kedai pon ada yg tak bukak lagi selain kedai lan's cafe ja. sakit perut,angin berpusing2 dalam perut tapi tak kluaq2 jugak pon. menyakitkan perut aku saja angin2 pus2 ni.

emm. apa ya aktiviti lepas raya ni? melepak ngn kawan2 ja la sebelum depa balik tempat keja masing2. esok cuti 1 Malaysia,jumaat aku amek cuti p tengok chef ayie akad nikah kat sg. siput. wah! ayie pun dah nak melangsungkan perkahwinan. aku plak ada lebih kurang 86 hari lagi dari hari ni. hahaha. gembira dalam ketakutan la jugak. :P

hari ni dalam fikiran aku masih lagi ada Kawasaki KSR 110,haha! tah la,berminat dan makin mendalam minatnya aku ni. ah sudah! mat buat perangai lagi ni! hahahaha. aku memang nak! memandangkan aku nak mendirikan rumah tangga,nak berulang alik dari penang ke aloq staq so kenderaan jenis motosikal ni amat diperlukan. aku ada motor kriss sebiji kat umah tapi takdak roadtax. bahaya tunggang atas highway. sekarang tengah menabung,menabungkan amalan mulia? try cari sebanyak yg bleh pastu pow skit ngn orang2 tertentu. hahahaha. nanti ada rezeki depan mata baru aku p kedai tanya.

insyaAllah,ada usaha ada la hasilnya. sebelum ni HTC HD2, tapi tah la. niat tu simpan dulu kot. cam aku kata,ada rezeki aku amik la nanti. aku jenis tak kalut sangat bila nak sesuatu barang yang aku suka. aku jenis suka relax dan cari duit sendiri nak beli. even aku terpaksa berlapaq dahaga pon aku akan dapatkan dengan hasil usaha aku sendiri jugak.

aih,tengah-tengah dok menaip ni terasa lapaq kfc la plak. hahahaha! tah apa2 la pemikiran aku pagi2 ni. oklah aku nak sambung buat keja sat. tapi nak p bancuh ayaq milo panas segelas sat. jumpa lagi di post yang lain!

Wassalam.


(gambaq contoh)

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes