RSS

emmm. apa ye?

Assalamualaikum wbt.

Lama tak update blog, so.............


AKU DAH UPDATE DAH BLOG! huhuhuhu.

some adventure & some pictures to share!

Assalamualaikum wbt

hohohoho. akhirnya, aku meluangkan masa untuk menulis blog ni. lama sungguh aku tak menulis yea? hahaha. malas berserta kesibukan yang tiada masa nak meluangkan masanya untuknya pun menulis blog ini. apa aku merepek ini haaaa? hoho. malam ni sunyi balik umah aku sebab adik-adik ngan abang ipar sudah balik klate. alahai, sunyi sungguh!! huhu. come again yea semua next time! its very enjoyable moments together with kamu semuaaaaaa! huhuhu. LOL! oklah. ni ada sedikit gambar yang aku nak upload sebelum ni tapi tak kesampaian. so, upload jugaklah k. oklah, take care semua, enjoy ur life, LOL!


gambar lama. 3rd May 2011. mak buntal kena tahan wad sebab kekurangan air dalam badan dan kena masuk air sebotol. dari kol 1pm sampai kol 4pm dia terbaring atas katil tu. time ni da dekat nak masuk abis dah air. huhuhu.



ohoh. ni masa beriadah aku bersama isteri tersayang. jalan-jalan cari makan kat noodle station. aku makan tomyam claypot dan wife makan spaghetti apa tah kuah putih. tak sedap sangat pon tapi tomyam claypot puas ah makan. pedas dan panas! disulam plak straberry yogurt. emm emm. amat sedap! huhu.

Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides

Assalamualaikum wbt.

malam ni kami menjadi lanun ye. beriadah bersama keluarga :)

2nd May 2011

Assalamualaikum wbt.

Hari ini kami telah kembali ke rumah kami kat Apartment Sri Nilam setelah bercuti 2 hari dia rumah parent dan sehari kat umah tok kampung paya yang aman damai. huhuhu.

Sekian terima kasih :)

berkurun lama....

Assalamualaikum wbt

Alamak! lamanya tak update blog? apahal ha? owww. sebab internet slow dan tiada masa nak menaip dan mengupload gambar2. huhuhuhu. emm. malas nak cakap banyak la. tapi starting from today, my blog will tell you a journey of taking care pregnant mom. hahahaha. yea yea, all about my pregnant wife! hohoho. dear dear, take care of yourself and our baby :)

before that, below is sedikit of our journey la. banyak tempat p, tapi tak sempat amek gambar sangat. so, dengan itu, saya upload gambar2 terbaru dan terlama sahaja. hahaha. ok yea, enjoy the journey ;)


gambar terakhir also gambar latest kami berjalan-jalan cari makan. plan utama nak panjat bukit bendera, tapi memandangkan lim guan eng baru nak p rasmi pada hari yang sama, kami pun cancel la plan... on the way balik, drop by umah kak fiza kat sekolah teknik apa tah. lepas balik dari umah kak fiza la mak buntal teringin ais kacang plak. benti la kami kat pakcik ni. aku plak pekena cendol pulut yang pulutnya berbentuk LOVE. huhuhuhu. sorry, terlampau excited sampai tak sempat nak amek gambar pulut tersebut. hahaha. next time yea!


hehehehe. mak buntal menikmati aiskrim roti queensbay sambil bersandar kat sigboard "Ibu Mengandung". huhuhuhu. ha, padan la ngan awak signboard tu sygku! huhuhuhu.



ni time kami berdua suami isteri p tapau ais kacang ngan cendol kat line clear nasi kandaq. tengah tunggu mak buntal p tapau semua tu, aku pun tengah free2 amik la beberapa keping gambar sebagai kenangan. uhuhuh. tapi dasat tol mak buntal tapau, 2 cendol 2 ais kacang + dapat extra free ais kacang. wowww!!


breakfast untuk ibu mengandung a.k.a mak buntal a.k.a wife aku a.k.a nurul atikah binti noor azamin. tu tu, nampak tu nasi lemak tu, size 50 sen tapi harga RM1.



dengan ini,saya memperkenalkan... Ahmad Albab!!!!! hohoho. salah salah, Ahmad Albab tu zaman Arwah Tan Sri P. Ramlee la. Ni zaman moden, zaman Hazrizaidi la.... sooooo! inilah dia anak buah terbaru sayaaaa... AHMAD QHALIS BIN MOHD HAZRIZAIDI!!! betol ka ejaan nama tu? emm. tak sure plak,nanti aku p tanya kak ipaq aku. hohoho.

saya? oh ya. saya la ni. kat opis tengah bedah opis ni ha. yolah, opis tengah renovate ni ha. kite bakor!!! dan juga tengah belajar menggunakan aplikasi dalam HTC ni ha. huhu. ops ops! sebelum lupa, bakal daddy ni! huhuhu. Alhamdulillah!


mak buntal kekenyangan pekena nasi kandaq line clear ngan ais kacangnya ngan cendol penyejuk badannya lagi. huhuhu. sepatutnya kakak was around but wonder why she didnt appeared in this pic.



ini gambar2 yang diambil ketika benti kat tol sg dua time solat maghrib. huhuhu. apa tu? yela, itula burung gagak yang berterbangan. huhuhu. motif? tiada motif. hahaha.





p/s : harap maklum... disebabkan aku mengantuk sesambil hapdet blog ni, aku tersalah susun dah ni. pls be inform that gambar yang paling atas adalah gambar paling latest. sepatutnya ceritanya makin latest makin kebawah, tapi yang ni makin latest makin keatas. huhuhu. sorry yea, ngantuk n pening. harap maklum!!!

al-kisah seorang pakcik dan KFC..

Lokasi : KFC Pendang

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik. dia terbang balik rumah pakcik seniri ka? bungkus la..

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik buleh pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.



Taken from Ohtidak.com :) for more wonderful story, visit them :)

mud vs hujan...

Assalamualaikum wbt.

hari ni, keluar ka opis hujan dah turun. ha'a, memang la, hujan dari pagi lagi, dari time aku sampai opis sampai la aku keluar opis, ujan maintain ja turun. em. aku teruskan jugak niat balik penang. hahahaha. dengan adanya baju ujan laser racing yang baru dibeli ngan harga RM90 kat mega fortune motor hari tu, maka aku terhindarlah dari basah kuyup seperti sebelum2 ini. huhuhuhu. Alhamdulillah, memang terbukti tak basah pun tapi agak sedikit sejuk la kat tangan. haha. dan sekali lagi Alhamdulillah aku selamat sampai ke sisi anak (dalam perut) dan isteriku kat apartment sri nilam ni. Bersyukur sangat dengan perlindungan yang Allah SWT bagi kat aku sepanjang perjalanan aku kat atas highway tu.

emm. apa lagi ek? aku tengah kekenyangan teruk ni sebab baru lepas balik makan kat sri pantai (belakang hammer bay). huhuhu. wife aku pun dah tido tu sebab nak hindarkan diri dari muntah. satgi kul 12 malam kena kejutkan sebab dia nak kena makan ubat. oklah. aku pun tak tau nak tulis apa dah ni. mengantuk pun ada tapi jasad tak mau tido lagi. nak layan TRILOGI CINTA sat. hahaha. oklah. chow!

Wassalam.

new raincoat!!!!! hehehehe :)

Assalamualaikum wbt.

nak tengok power rangers baru or iron man 3? ini diaaaaa. hahahaha. take a good look lah, like a heroic superhero right? hahaha.




inilah protection ketika hujan yang baru dibeli untuk mengurangkan kerisauan anak dan isteriku serta kedua ibu bapaku dan juga tok aku. tq all for your concerned. love you all :)

eh eh. apa kebenda plak kat bawah ni??



ohohoho. ni game angry birds la. aku main yang ni FULL STAR. huhuhu. tapi ni level senang ja. semua orang bleh buat. huhuhu. tapi takda benda nak post, aku boh ja la gambaq ni. oklah. nak tidoq da. chow!


Wassalam.
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes