“Demi masa… sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.”
(surah Al-Ashr: ayat 1-3)
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
+ Masa muda sebelum tua;
+ Masa sihat sebelum sakit;
+ Masa kaya sebelum miskin;
+ Masa senang sebelum sibuk;
+ Masa hidup sebelum mati…
Bila mati....
Huha-huha dengan kawan-kawan tiada lagi,
Semua hobi "feberet" tak sempat listdown as koleksi,
Usaha untuk selesaikan semua kerja yang pending sudah tiada erti,
Duit berkoyan-koyan berebut orang untuk mewarisi,
Saudara mara meratap hanya dua tiga hari,
Tetapi..amal perbuatan dan doa anak yang soleh jua yang menemani...
Waallahualam...
Sesungguhnya;
Manusia selalu lupa…alpha dan leka..
Waktu ada; buat endah tak endah saja,
Waktu ada; selalu fikir masih banyak masa,
Waktu ada; sering mempersia-siakannya,
Waktu ada; lupa bahwa yang ada akhirnya akan tiada.
Dan…
Bila tiada; barulah menoleh sana sini tercari-cari,
Bila tiada; sedih dan menangis sampai memakan diri,
Bila tiada; barulah manusia menyesal akan setiap perbuatannya tempohari,
Bila tiada; baru tahu dan mahu untuk lebih menghargai!
...jadi hargailah apa yang anda ada hari ini; sebelum ia..
a. menjauhkan diri
b. M.I.A
c. kena curi
c. lari
d. ghaib macam adik syalinie
e. MATI!
jawapan ada dalam diri kita sendiri...pilihlah yang mana satu!
0 comments:
Post a Comment