RSS

lucky i'm inlove with

NURUL ATIKAH NOOR AZAMIN!

duit hantaran sekarang

rakaman perbualan ini antara keluarga mat dan keluarga minah tentang
hantaran oleh pihak minah.

Emak kepada Minah :
"Yerlah..... anak saya blajar lulusan universiti..
.. tak nak bilang
baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam
lingkungan 10 Ribu..... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya....
harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Mat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau
terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti..... biarlah dicepatkan biar
jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi
yang tunggu....... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa
nanti orang cakap..."

Mat :
"Yerlah makcik.... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.....
SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik....
Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.....
Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN
PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh
simpan!!"

wakakakaka.......

p/s : realiti zaman skang...

how to choose a bride

A Mother was very concerned that her middle-aged son has not shown the slightest indication of getting married.. So one day she called him over to her house.

The Son came home from work, grudgingly. Upon arriving, he found that his mother had gathered a few beautiful ladies at the house for him to choose as his future bride.

The FIRST one was a well-endowed Telephonist- cum-Receptionist . He immediately commented: 'Aiyaa..... Mother, they always say...... PLEASE HOLD ON, HOLD ON..........'

The SECOND nominee was a leggy secretary. She was also rejected. Reason being: 'Aiyaa.... Mother, this one aaa..., Secretary always fond of saying 'PLEASE SLOW DOWN, SLOW DOWN......... '

By this time, the mother is nearing frustration. She called a sweet but plain-looking Teacher. The Son suddenly agreed!!

The Mother was surprised and asked: 'Why this one? The earlier two were a lot better looking!'

He replied: 'Teachers aaa.... Teachers very good, very good, always say: PLEASE REPEAT, DO IT AGAIN, I want it done 10 times.... SOME MORE, SOME MORE......!'

Her youngest son (10 years old), was listening quietly all this while at the other end of the room. Suddenly, he shouted: 'Brother.... Female mini bus Conductor much better laa.... they always say: 'NAIK CEPAT, NAIK CEPAT..... MASUK, MASUK....... MASUK LAGI, DALAM LAGI..... DALAM LAGI LAAAAH, MASUK BELAKANG..... . BELAKANG LAGI, BELAKANG BANYAK KOSONG.....'

The mother fainted....

Darurat Tanah Melayu (Sejarah)

Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada 7-7-1948.

Sebab Darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut.

Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Min Yuen
Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka.

Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.
Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.

Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Gerakan Kelaparan
Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya.

Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.

Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.
Perang Saraf
Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera.

Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum.

Rundingan Baling 1955

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Sebelum Perjanjian
Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.

Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.

Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.

September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage) . Memperkenalkan ISA. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam. Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan
Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963

Kemanisan Iman dan DugaanNya

Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita... kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda... kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup... kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi... kadangkala kita menyalahkan takdir... kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...

Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja... setelah kite melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat... iman kita teguh... kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasarah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya....

Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini... iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah... sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya... iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya... iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...

Wallaualam Bissawab....
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes