RSS

what a rainy day

pagi tadi punya la awal aku bangun sebab nak kena cover kamal cuti,tut2 ujan plak. jadi liat sungguh la aku tadi. tp disebabkan tugas aku terpaksa la berjuang jugak bangun melawan ngantuk dan mandi dalam kesejukkan yg amat sgt tatkala sygku sedang lena dibuai mimpi. ouch! aku skrg dah kat opis,keja suma dah siap dan sekarang relax saja. haha. lupa nak bawak external harddisk yg aku baru beli semalam tu. okla kot,brand NoTouch 400GB dalam RM240 ja. ok ka dak? bg aku ok jala kot,speed laju gak. sat ja transfer barang 70GB masuk dalam tu tak sampai pon 30minit. huhu. kira laju la kot kan? lagi satu,sepatutnya barang aku sampai arini. tapi kedah cuti plak mungkin ahad la kot baru nak sampai. adeh deh! lambat toi la,aku baru nak syok2 snapping kat opis serabut bulu ni ha. hahaha. tadi check parcel,memang dah gerak dari penang. kedah ja kot yg tak check lagi. takpala,sabaq ja la. nanti proses snapping aku wat sorg2 bergerak secara solo ja kot. huhu. oklah,nak men psp sat. tadak keja nak buat dah pon. hahaha.

stop calculating and start a new day :)

Assalamualaikum.

arini tak payah kira2 dah sebab dah dapat apa yg aku nak! yeyeh! tapi tadi bos aku dok sebut2 something yg important gak benda perlu aku dapatkan. iaitu external harddisk untuk laptop aku la plak. harddisk yg ada dah penuh ngn anime aku agaknya kot. haha. gila byk weh! siap complete episode tu ah tak tahan. bayangkan,one piece 1-414 episode dlm 30gb, bleach 1-214 dlm 20 gb, naruto 1-160 (on-going) 20gb,samurai champloo 1-25 dlm 10gb dan ada lagi anime len. hahaha. kena dapatkan gak ni external harddisk!

izwan,day 29

Assalamualaikum.

10.30am
arini aku dah dapat "benda" tu tapi takleh guna la plak. tapi aku dah expect dah benda ni akan terjadi so takdak la pressure sgt. masih ada lagi dua "benda" aku nak dapatkan dan patut arini dah available sumber aku. hehehehe. best2! aku harap both benda ni baru la. hehe. pasal "benda" first aku dapat tu,mungkin aku akan bukak kat umah malam ni. aku nak pomen sendiri la tgk camna kan. hehehehe. bleh ka tak bleh ka malam ni punya cerita. dah memang tak jalan,apa salahnya aku rongkah semua. kalu jadi n jalan,lega la aku tapi kalo tak jalan pon aku tak kesah sebab asalnya pon memang tak jalan dah. hahaha. oklah! chow!

5.12pm
aku dah contact org nak jual "benda" tu,so dia reply dengan harga yg amat menarik n paling menarik dari yg aku penah nmpk n survey. terbaik dari ladang! haha. dah deal,so mungkin esok aku wat payment kot n lusa mungkin sampai kat aku dah. insyaAllah kalau tadak aral melintang la kan. hopefully yg ni berjalan lancar lah. haha. oklah. nak sambung wat keja!

8.10pm
aku dah wat payment tadi utk 2 lagi "benda" yg aku nak tu. huhu. dah email ke tokey just now and tggu dia reply ja la. dia sempat kot send items aku esok. oklah! nak p solat maghrib sat pastu teraweh lak. chalow!

izwan,day 28

Assalamualaikum.

1.38am
agak awai aku tulih kan?aahaha. tgh takda keja la,nak tidoq tapi nak tggu download aku ni siap dulu baru tidoq. lagipun bgn sahur lagi satgi. ngantuk la sok aku kat opis. eh eh! harap2 "benda" aku sampai sok! aku menunggu perkabaran gembira dari abg aku kat pejabat pos esok cakap barang aku dah sampai. hahaha. cant wait for it! really cant wait for it! apa2 pon,perlu sabaq gak. byk lagi nak kena buat kalo dah dapat "benda" tu kan? so,stay calm n steady mud bebeh! huhu. oklah,nak layan lagu sat. siap download,review pastu tidoq! tata. gudnite!

9.44am
aku kat opis. tadak apa yg menggembirakan aku setelah mendapat msg dari abg aku mengatakan ""benda" hg dah sampai" tadi. huhuhu. aku suruh dia bawak balik umah dulu. aku belek kat aku dah la dulu. pastu baru pikiaq nak p cari apa yg patut. huhu. tak sabaqnya aku nak balik! tekak aku kering la,tadi sahur aku tak sebat air byk. sebat sket ja. adoi doi. takpa,satgi boss aku p bank aku nak bantai tidoq ah sat. rehatkan minda n tekanan kerja. hahaha. oklah! chow!

izwan,day 27

Assalamualaikum.

9.44am
hari ni dah masuk hari ke3 berpuasa. nak tgk ayat paling mengembirakan aku ari ni? ni lah dia "Your item will be sent today, Poslaju tracking number: EN*********MY." uh bestnya! tak sabaq nak tggu dia sampai ketangan aku ni. leh aku kerjakan dia. hahahaha. apa2 pon,selamat berpuasa utk aku dan utk semua! huhu. pas "benda" tu sampai kat aku,ada lagi aku nak kena cari nak bg complete dia. modal lagi tu. tp takpa,aku buat apa yg aku suka so senang hati aku mengeluarkan modal dia. hahaha. oklah,nak sambung buat keja sat.

4.29pm
aku cuba tracking code dia bagi tu tapi takdak pon. aku tawakal ja la. moga "benda" tu selamat sampai kat aku esok or lusa. jgn aku kena kencing sudah la. bleh mendatangkan marah dibulan puasa kalo kena tipu. huhu. sabaq mud sabaq. dugaan bulan posa ni ha.

izwan,day 26

Assalamualaikum.

2.36pm
haha. agak lambat aku menulih arini. pagi tadi ingatkan aku dah tulih dah rupanya blom lagi la. hahaha. apa2 pon,arini masuk hari kedua berpuasa. aku agak excited. nak diet sama dalam bulan posa ni. mesti! "benda" dah nak sampai so kena elok2 la sket nak snap nanti kan?huhu. hope raya tahun ni dapat jumpa sayang lagi cam tahun lepas. ini puasa tahun kedua kami bersama doakan moga kami kekal abadi. tahun lepas best,first day posa kami berbuka bersama sebab kami di perantauan. dia kat upsi tanjung malim,aku lak p melawat dia aritu. so,utk hilangkan sedih dia tak dapat berbuka ngn family,aku temani dia berbuka bersama. best! huhu. agak kalut la jugak kami cari makanan. haha. oklah! sayang i love you so much! till death do us apart babe! muah muah! ops~ bulan posa la,terlebih sudah.

izwan,day 25

Assalamualaikum.

11.58am
aku kat umah ni ha,tak p keja pon. hahaha. ah,tak sabaq nak tggu "benda" aku sampai ni. monday baru hantaq,mungkin selasa baru ada kat aku kot. moga sampai dalam condition yg bagus! huhu. bosan plak dok kat umah,tp malas jugak nak kuaq. emmm. petang ni first day berbuka utk bulan posa. target aku hanya nak makan murtabak sahaja. huhu. diet diet! mesti kena diet bulan posa ni! ini janji aku ngan diri aku! kena kuruskan badan. huhu. moga2 tercapai hajat aku! oklah,nak layan muvee sat,tulih len pasni. chow!

9.50pm
aku baru sampai umah,tadi p teraweh. buat 8 ja la. huhu. okla kan,aku usaha jugak buat. tadi balik redah ujan,habih basah kuyup. takpa,nak tgk EPL ni ha,wigan vs man utd. nak tengok man utd kalah. hahahaha sebab aku kan the blues,mestila nak tgk rival kalah tapi aku suka tgk tektikal sir alex ferguson. atmost respect for him from me! huhu. tapi carlitos the blues pon leh tahan gak. so,balance la kan. oklah. chow!

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Fasting

The most prominent event of this month is fasting. Every day during the month of Ramadan, Muslims around the world get up before dawn to eat Sahur, the pre-dawn meal, then they perform the fajr prayer. They have to stop eating and drinking before the call for prayer starts until the fourth prayer of the day, Maghrib. Muslims may continue to eat and drink after the sun has set until the next morning's fajr prayer call. Then the process starts all over.

Ramadān is a time of reflecting and worshiping God. Muslims are expected to put more effort into following the teachings of Islam and to avoid obscene and irreligious sights and sounds. Sexual thoughts and activities during fasting hours are also forbidden.[Qur'an 2:187] Purity of both thought and action is important. The fast is intended to be an exacting act of deep personal worship in which Muslims seek a raised awareness of closeness to God.

The act of fasting is said to redirect the heart away from worldly activities, its purpose being to cleanse the inner soul and free it from harm. It also allows Muslims to practice self-discipline, self-control, sacrifice, and empathy for those who are less fortunate; thus encouraging actions of generosity and charity. However, a certain level of self-control can be lost by those who suffer from eating disorders.

The elderly, the chronically ill, and the mentally ill are exempt from fasting, although the first two groups must endeavor to feed the poor in place of their missed fasting. Also exempt are pregnant women, women during the period of their menstruation, and women nursing their newborns. A difference of opinion exists among Islamic scholars as to whether this last group must make up the days they miss at a later date, or feed poor people as a recompense for days missed.While fasting is not considered compulsory in childhood, many children endeavor to complete as many fasts as possible as practice for later life. Lastly, those traveling are exempt, but must make up the days they miss.[Qur'an 2:184] More specifically, Twelver Shī‘ah define those who travel more than 14 miles in a day as exempt. The elderly or those who suffer from a disability or disease and have no prospect of getting better in the future can pay the cost of Iftar for a person who cannot afford it, or else they can host him in their house and have him eat with them after sunset as a way of repaying for the days they could not fast. [Qur'an 2:184]

A person who is observing Ramadan might break the fast accidentally, due to having forgotten it. In such an instance, one should spit out the food being eaten or cease the forbidden activity, immediately upon remembering the fast.

When Ramadan came to overshadow Ashura in importance, it took on some characteristics of the latter. According to the well-known hadith, the person who observes Ramadan properly will have all their past sins forgiven. According to another, "When Ramadan arrives, Heaven's gates are opened, Hell's gates are closed, and the demons are chained up" and who ever passes away will enter paradise.

There are exceptions in certain Muslim communities that deny practicing fasting in Ramadān such as Alevi people in Turkey.

Prayer and reading of the Qur'an

in addition to fasting, Muslims are encouraged to read the entire Qur'an. Some Muslims perform the recitation of the entire Qur'an by means of special prayers, called Tarawih, which are held in the mosques every night of the month, during which a whole section of the Qur'an (juz, which is 1/30 of the Qur'an) is recited. Therefore the entire Qur'an would be completed at the end of the month.

Ramadān is also a time when Muslims are to slow down from worldly affairs and focus on self-reformation, spiritual cleansing and enlightenment, establishing a link between themselves and God through prayer, supplication, charity, good deeds, kindness and helping others. Since it is a festival of giving and sharing, Muslims prepare special foods and buy gifts for their family and friends and for giving to the poor and needy who cannot afford it; this can involve buying new clothes, shoes and other items of need. There is also a social aspect involved the preparing of special foods and inviting people for the Iftar meal (the meal to open the fast).

In many Muslim and non Muslim countries with large Muslim populations, markets close down in the evening to enable people to perform prayers and consume the Iftar meal – these markets then re-open and stay open for a good part of the night. Muslims can be seen shopping, eating, spending time with their friends and family during the evening hours. In some Muslim countries, failing to fast or openly flaunting such behavior during Ramadan is considered a crime and is prosecuted as such. For instance, in Algeria, in October 2008 the court of Biskra condemned six people to 4 years in prison and heavy fines.

Eid ul-Fitr

The Islamic holiday of Eid ul-Fitr (Arabic: عيد الفطر‎) marks the end of the fasting period of Ramadan and the first day of the following month, after another new moon has been sighted. The Eid falls after 29 or 30 days of fasting, as per the lunar sighting. Eid ul-Fitr means the Festival of Breaking the Fast; a special celebration is made. Food is donated to the poor (‘Zakat al-Fitr’), everyone puts on their best, usually new, clothes, and communal prayers are held in the early morning, followed by feasting and visiting relatives and friends. The prayer is two rakaahs only, and it is optional (Wajib)prayer as opposed to the compulsory five daily prayers.

izwan,day 24

Assalamualaikum.

8.33am
hai hai,selamat pagi suma! aku sudah masuk opis tapi agak pening2 sket. moga2 hilang la pening ni sempena berkat bulan ramadhan al-mubarak! amin. aku dah ada modal utk dapatkan "benda" tu dalam masa terdekat ni. Insyaallah,kalu tadak aral melintang 2-3 ari lagi ada la dlm tangan aku. huhu. tak sabaqnya aku,manual dah ada tapi tak tgk2 sgt lagi. ada barang baru best nak tgk manual dia kan?haha. aku nak p breakfast satgi tapi nak siapkan keja dulu sat. oklah,jumpa lagi nanti ya!

4.40pm
payment suda dibuat utk "benda" yg aku nak tu. baru satu,ada lagi dua bakal datang sebelum raya ni. tggu n lihatlah nanti. hahaha. tak sabaq aku nak memeluk "benda" tu. oh oh,im wait n bleed here until you're arrive to me. hahaha.

10.34pm
the payment has been comfirmed and address also noted. the "thing" will soon be in my pocket and i'll explore all about it and will give the best shoot using it. hahaha. im sooooo glad to have it even i dont know how was it condition yet. will check it once its with me. first will be with me soon. second and third will be on their way here by end of this month. i will get it! ti promise that to myself! i will. i love it,old skool style. hahaha. i like it that way. tataaaa!

izwan,day 23

Assalamualaikum.

12.09pm
lambat gak aku menulis arini kan?huhu. aku dah print manual untuk "benda" tu. benda lama tapi aku tetap mau gak! tak dak duit nak beli yg elok2 yg mahal2 tu ha. beli ja la yg murah saja suka2. nanti ada duit aku beli la yg elok n leh buat duit kan. hahaha. aku ada keja nak disiapkan ni,nanti aku tulih len lah. hahaha. chow!

izwan,day 22

Assalamualaikum.

9.02am
morning all,aduh ngantuknya aku. semalam pulun la tggu download cita G.I Joe sampai habes,tp bila dah abes aku tgk haram tak patut tgk pon. bukan dvdrip tapi TS. TS memang takdak kualiti langsung pun. dah la tggu sampai koi 3.15am pagi tadi. pastu nak bangun sbuh nak bangun p keja lagi. la ni mau tau la. berayaq mata2 aku ni ha. huhu. tp takpa,watchmen pun dah siap download dah ni ha. satgi aku layaaaaaaaaaaaaaaaan. zas! oklah. nak p wat ayaq sat,bekpes penting untuk pagi kerja anda. jom!

staff penipu. hahaha.

Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dlu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini... Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai..

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]
..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung tidak boleh bergerak...

izwan,day 20 & 21

Assalamualaikum.

1.48am
aku nak masuk tidoq dah,tapi sebelum tu tangan aku gatai nak menaip sket. hahahaha. apa aktiviti aku malam ni ek?aku download anime Naruto,movie B13-ultimatum ngn drama GTO sajalah arini. GTO nak abeh dah,naruto masih jauh lagi perjalanan pastu nak kena sambung ngn naruto shippuden lak. kena p mintak kat ash la kot. b13 mungkin waktu nak p keja nanti siap kot. aku download dan tinggal sajalah,just set off display saja. huhuhu. mak aku mesti tutup punya plug time subuh nanti. harap siap semua sebelum mak aku off plug. kalo dak,nak kena download len la jawabnya. apa cerita lagi ek? petang tadi,umah aku dilanda "banjir o banjir o banjir rumah aku naik air" la. dah lama air tak naik tinggi tetiba petang tadi banjir teruk sebab hujan ribut. aku sempat amek gambaq nanti aku uploadkan. byk sgt,nak kena pilih2 dulu kot. kalo ada "benda" tu mesti menarik gambaq aku. hahahaha. ptg tadi aku snap guna digital camera abang aku ja. aku mana ada duit nak beli digicam. hahahaha. tu pasai aku nak beli "benda" tu ja sebab murah! hahaha. oklah,ngantuk n tak tahan kena gigit ngan nyamuk. orang manis2 ni memang selalu kena gigit. to sayangku,yang doakan moga sayang cepat sihat dan sembut dan dilindungi dari segala penyakit yg berleluasa sekarang. amin.

9.56am
aku masuk opis dah arini. hahaha. setelah 5 hari bercuti,ari ni mula bekerja. cam biasala masuk keja wat apa yg patut aku wat ja la. dah bancuh ayaq tapi tak minum lagi. contract dan contra dah silap asing tapi lom split lagi. laptop bawak gak tapi tak on lagi pun. huhuhu. setelkan keja dulu baru nak relax2 sket. sayang tak msg lagi,tak bangun lagi kot. harap2 dia sihat sket la arini. risau aku. bakal orang rumah aku tu,mesti la aku sgt kesah! huhu. oklah,later2 lak aku taip len. masuk opis ni ja mesti badan aku rasa semacam ja. hidung rasa semacam ja. tangan lenguh semacam ja. pelik toi. bila kat luaq,tak rasa camni pun aih. oklah! chow! wassalam.

izwan,day 16,17,18 & 19

Assalamualaikum.

10.39pm
aku baru leh menulis malam ni,hahaha. tadi Chelsea aku menang lawan Hull 2-1 ja. oklah,janji menang 3 point yg penting woh! huuhuhuh.. apa lagi aku nak tulih eh? sejak 12hb sampai 14hb aku berada di perantauan dengan awek aku serta family beliau sempena meraikan awek aku dapat Ijazah dari UPSI. awek aku sudah bergelar graduan sekarang. hehehe. you make me proud babe! jangan lupa,discount sket tau! hehehe. love you!

berita lain?kak fizah staff opis aku kena tahan wad kuarantin suspek h1n1. skrg opis aku dah ada sorg maksudnya nak masuk keja hari isnin ni kena la aku pakai mask tutup mulut. kalau dak bahya balik la kat aku. dah la awek aku pun merisaukan aku gak malam sebelum konvo dia. pening,lenguh2 sendi badan dan kahak tak kluaq. p jumpa doktor,doktor cakap ok ja demam biasa. alhamdulillah. lega dan senang hati aku. malam tu taktau la aku,takleh fikir apa kecuali nak syg aku sihat cam biasa ja.

lain2 berita lagi?dengaq kata kompani aku bg bonus,tapi aku tak baca lagi surat aku tu sebab aku cuti,tapi kamal cakap dia dapat habuan dia dan ada staff yg tak dapat habuan depa. aku tak rasa aku dapat habuan aku pon,sapa la aku dalam kompani tu kan. tapi kamal janji nak bayaq separuh harga "benda" yg aku nak tu,so aku sebat jala dari aku nak kena kluaq banyak2 kan?hahahaha. aku tak berharap sgt nak dapat bonus tu memandangkan ekonomi cam haprak la ni. selagi aku dapat keja dapat claim OT tu la bonus terbesaq aku tahun ni. kalo dapat keja lain especially keja ngn GOMEN tu lagi la bonus terbaik dalam hidup aku. moga2 aku dapat keja gomen dikemudian hari. amin!

so,takat ni dulu la kot. aku nak layan EPL yg baru stat malam ni. jumpa lagi esok noh! orait! selamat malam. wassalam.

izwan,day 15

Assalamualaikum.

9:29am
selamat pagi malaysia! hahaha. arini aku agak sleepy sket sebab semalam tidoq pastinya awai gila kan?hahahaha. dok download GTO drama tak habeh2 lagi pon,ada lagi 2 ari kot nak abeh.. adoi la.. tggu jala. sabaq sabaq. mlm ni berkemungkinan aku bertolak p tg malim kot. tgk la camna,benti tidoq kat RNR jala kot. makan mandi pon sama la. takpa,tak sabaq nak jumpa cintahati aku!! hahahaha. "benda" tu? tangguh sampai ujung bulan ni la baru dapatkan. "benda" ni pon wat aku tak sabaq nak dapatkan. huhuhu. oklah,nak p bancoh ayaq sat. dahaga + bfast aku pagi ni.

izwan,day 14

Assalamualaikum.

8:56am
morning to all and to me and to my love at tg malim right now for her convo rehearsal. hahahaha. pagi ni tadak apa sgt,wat keja cam biasa sajalah. belum minum lagi,setel keja baru p bancuh ayaq ginseng aku. hahahaha. leh la tahan tapi bila kencing bau ayaq ginseng tu la. huhuhu. esok jumpa syg aku! yeyeh! tak sabaq tak sabaq. dah lama tggu saat nak jumpa syg,nak sambut anniversary tahun pertama kami and sempena konvo dia tamat belajaq. pasni dia kena start mengajaq plak la nmpk gayanya. huhuhu. kuatkan semangat n tabah k syg! i'll always be with you. emmm. harap posting kat kelantan or belah2 utara gak. senang nak jaga sket. hehehe,ari untuk mendapatkan "benda" tu pun makin lama makin dekat,genap ja day 28 memang ari bahagia kedua bg aku la selain ari2 bersama syg terchenta aku sorg tu. oklah,nak sambung wat keja lak,later aku cita lagi apa aktiviti aku.

p/s: CHELSEA MENANG COMMUNITY SHIELD SEMALAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GO THE BLUES, KEEP THE BLUE FLAG FLY HIGH!

9:48am
boss dept aku si kamal dah tukaq jadi muka n perangai cam taik. hahahaha. sebab dia kena repair network pc kat bawah,punya lama dia kat bawah tu skrg dia naik atas bawah cpu naik skali. maksudnya mmg tak jadi dia wat kat bawah tu. hahahaha. bengang la tu. dia akan mengeluaqkan bunyi cam lembu matador kat spain tu. bunyi nafas bengang kena cucuh buntot ngn benda tajam tu. hahaha. " ngeeeeeee" camtu la kot agaknya kalo diadaptasikan kedalam bentuk tulisan. huhuh. oklah,roger end out!

izwan,day 12 & 13

Assalamualaikum.

11.11am
arini ari ahad,aku cutiiiii! tapi aku cita untuk ari sabtu punya dulu ja la. semalam aku p pekan ja bawak mak ngn auntie aku p beli kain untuk nak wat curtain umah aku ngn tok aku. aku lak p cari buku kat kedai buku lama2,dapat beli 2 buku berjilid. senang cakap aku beli komik la,hahaha.murah ja tokey kedai tu juai kat aku. harga asai rm6.50 tapi dia juai 2 buku rm8 saja. hahaha. pas setel beli suma balik umah tidoq,petang p bangchik minum2 malam lak ni kola perlis sebab lidd opentable sempena dapat keja gomen n besday dia. hahaha. dah jadi adat dah kot la ni.
so,inilah cita untuk 8 August 2009.

11.20am
arini aku nak kena jadi driver lagi,nak bawak mak ngn auntie aku p kenduri lak kat pendang nu ha. adeh deh,cuti kat opis keja kat umah lak. takpa la,family aku jugak bukan org len. hahaha. oklah,nak relax2 sat petang nak bawak keta lak. chow! nanti malam aku tulih len.

izwan,day 11

Assalamualaikum.

8:53am
morning! all,awai jugak aku tulih pagi ni kan?hahahaha. bukan tadak keja,tapi tangan agak gatai nak menulih. hahaha. semalam aku berbelah bagi nak beli yg mana satu "benda" tu,tapi last2 aku decide gak apa yg aku nak awai2 dulu itu la yg akan aku beli. yg len beli kemudian la kan. first come to first! huhuhu. oklah,later aku tulih len la. keja datang sudah,arini menu breakfast aku ialah nasi lemak. akak2 opis ni masak kat opis. dasat bukan?opis pon leh memasak. hahahahaha. oklah. chow!

photos from Holga 120CFN







Semua gambaq aku tibai dari flickr pengguna holga 120cfn. ok la jugak kan? nak kata tak menarik,agak menarik gak bagi aku. mungkin citarasa aku camni. 135bc pon terbaik gak. ala, setiap holga kan ada specialty masing2?huhuhu. so,ini sedikit contoh yg aku boh dalam blog aku ni. nak tgk lebih2 p cari sendiri. tq! hahahaha.

p/s: ada lagi nak upload tp takleh masuk lak ada error. nanti2 aku masukkan lagi gambaq contoh. click pada gambaq untuk besarkan. tq!

going to get this Holga 120CFN soon!


Holga 120CFN
Lens: 60mm f/8 - plastic
Shutter: 1/100
Aperture: f8 - 11
Film advance: Manual
Strobe: Electronic flash (4 colours)
Focus: 1m
Films: 120mm films
Dimension: 140 x 102 x 76mm
Weight: 200gFilm: Fuji FP-100C (colour) and FP-100B (B&W)
Dimension: 171 x 50 x 110mm
Weight: 300g

mud's recommended films! (2 Films)


Reflecting the Japanese fascination with western culture, this musically-charged comedy concerns Souichi, a sweet natured, slightly backward pop fan who aspires to recording stardom. He naively moves to the city of Tokyo expecting to hit the charts overnight as a pioneer of soft, sentimental romantic ballads. Naturally, that doesn't happen, but Souichi encounters even greater success with an oddball gig that involves donning demon makeup and a black cape as a front man for the band Detroit Metal City. By day, Souichi remains the ineffectual and timid young man well-liked by everyone; by night, he's a crass, loud, frightening monster named Johannes Klauser II who earns his paycheck screaming rants onstage about rape and murder, to the delight of thousands of shrieking goth metal fans, some of whom actually believe he is a demon incarnate. His life grows problematic when he reencounters and falls hard for a university crush, Ms. Aikawa (Rosa Kato) - an equally timid, beautiful young pop critic who will almost certainly disapprove of his lifestyle after dark - if she ever finds out.

genre : music,comedy,romantic,friendships | mud rating : 5 * comedy!

p/s : this film also available in anime & manga. feel free to find it yourself :)



More than 60 years after the teacher left Kojima Tomoko, Aga (Van Fan) is introduced as a struggling young Hengchun-native rock band singer who could not find success in Taipei. After returning to his hometown, Aga's step father (Ju-Lung Ma), the Town Council Representative, arranged a position for him as a postman, replacing the aging Old Mao (Johnny C.J. Lin), on leave after a motorcycle accident broke his leg. One day, Aga comes across an undeliverable piece of mail that was supposed to be returned to the sender; the daughter of the now deceased Japanese teacher has decided to mail the unsent love letters to Taiwan after discovering them. Aga unlawfully keeps and opens the package to discover its contents, but the old Japanese-style address Cape No. 7, Hengchun County, Takao Prefecture can no longer be found.Meantime a local resort hotel inside Kenting National Park is organizing a beach concert featuring Japanese pop singer Kousuke Atari, but Aga's step father makes use of his official position to insist that the opening band be composed of locals. Tomoko (Chie Tanaka), an over-the-hill Mandarin-speaking Japanese fashion model dispatched to Hengchun, is assigned the difficult task of managing this hastily assembled band, led by Aga along with six other locals of rather particular backgrounds. After a frustrating trial period, Aga and Tomoko unexpectedly begin a relationship. With some assistance from hotel maid Mingchu (Shino Lin), who is revealed to be Kojima Tomoko's granddaughter, Tomoko helps Aga find the rightful recipient of the seven love letters. Tomoko then tells Aga that she plans on returning to Japan after the concert because of a job offering. After returning the seven love letters, a heartbroken but determined Aga returns to the beach resort and performs a highly successful concert with his local band alongside Kousuke Atari, during which Tomoko read the seven love letters composed 60 years ago.

genre : music,happy people,romance,friendships | mud rating : 5 * feel good!

izwan,day 10

Assalamualaikum.

12:42pm
aku baru siap keja,pagi tadi agak sibuk sket nak menaip sebab banyak keja tapi skrg sudah siap. ingat nak relax2 n tidoq sat lagi dalam port aku. biasa la,lunch time kalo tak makan nak wat apa lagi kan selain tidoq?nak tgk anime laptop tak bawak,nak wat hobi baru aku "benda" tu tadak dalam tangan lagi. so,tidoq sajalah rehat palotak dan badan aku. hahahaha. adoyai,nak berry lak ni tgh tggu mood sampai. apalagi ek?emm. aku ada wat survey semalam n jumpa macam2 offer lak untuk barang yg seangkatan ngan "benda" yg aku nak tu. tapi agak mahal sket la dari apa yg aku dapat sebelum ni. aku agak berbelah bagi la jugak tapi hati masih memikirkan yg dulu dari yg aku jumpa semalam. sebab yg dulu murah sket dari yg aku jumpa semlm tu ha. tgk ah camna nanti bila duit dalam tgn,citarasa leh berubah gak ni tak tentu la kan. hahahaha. apa2 pon,dapat yg lama pon ok dapat yg baru pon insyaAllah ok gak. hahahaha. sayang,ready! you'll be my first model! yang nak wat album bnyk2! hahahaha. oklah,nak berry sat. dah ujung2 mai dah ni ha. hahahaha. chow! have a good meal to everyone! tata~

markas Autobot,Transformers!




markas Autobot,Transformers.


Tanda Simptom Selsema Babi (H1N1)




Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Nahl Ayat 115)

izwan,day 9

Assalamualaikum.

9:33am
arini aku ngantuk sgt sebab semalam aku tidoq kol 3.30am. layan GTO anime pastu sebelum tidoq layan men virtual tennis dlm psp aku. pagi ni dpt la effectnya,freee ja! adoi. time wat tak pikiaq skrg mula la menguap apa suma. report dah siap print,nak amek split n franking jala satgi tp before that nak p bancuh ayaq dulu ah. ni ada apache cafe ginseng kawan mak aku bagi,mak aku soh aku try dulu sedap ka tak sedap dlm makna kata lain aku jadi bahan uji kaji utk minum ayaq ni. takpa, demi mak tersayang ku teruskan. hahaha. oklah,takat ni lu. mata cam kena gam ja ni. pening2 lalat pun dok ada ni. nanti aku tulih lagi la k. eh eh! pagi ni bakal orang rumah aku p interview nak posting ngajaq nanti siap dengan exam skali. doa2kan moga dia lepas dengan cemerlangnya. dan dapat posting dekat2 ngn aku and moga kami dapatlah kawen secepat mungkin! amin ya rabba'alamin.

2:26pm
nak tau?tadi aku sempat tidoq dari kol 1pm sampai 2pm. sejam woi! best giloh ah,qada tidoq mlm td yg aku tidoq lmbt. hahahaha. okla,tak nyanyok dan ngantok sgt nak wat keja pasni. okla. chow!

10:50pm
aku kat opis lagi,standby untuk Celcom dok tukaq equipment kat dalam bilik server tu. dah siap dah pon skrg nak balik dah la. bosan tggu bukan aku kena wat apa pon tp OT punya pasal "benda" tu punya pasal aku usaha gak la. ngantuk woi! adoi adoi,oklah. nak chow dah ah! lapaq pon ada gak ni ha. bye. wassalam!

izwan,day 8

Assalamualaikum.

12:04pm
arini tadak aktiviti pa sgt,pagi tadi wat keja sket pastu bancuh air n makan snek bekpes. hahahaha. takmau makan apa2 sgt stat arini kecuali yg ringan2 saja. takleh jadi ah,teruk sgt dah ni. perut maju terlampau aaaaaaaaaaaaaah! baru ari ke-8,lambat lagi duit nak masuk ni ha nak beli "benda" tu oi. adoyai,byk port yg menarik tapi "benda" tadak lak. terpaksa sabaq sajalah sampai 26hb ni. InsyaAllah,mesti dapat sebelum raya "benda2" tu suma. Ganbatte! cuba sebaik mungkin. hehehe.kol 1pm nak balik umah sat,aku dok download GTO drama kat umah tp batt laptop kong lak. so auto off la dan dengan itu auto stop la download aku. balik nak on balik ah. oklah,takat ni dulu la.ptg ni kalo ada apa2 menarik pasti aku update len. huhuhuh. have a good day to me and also to all my friends out there!

3:46pm
tadi kol 12.30pm aku tertidoq dlm bilik server bajet nak bangun kol 1pm,last2 terlajak sampai 1.20pm,kalut gak aku. amek jaket sentap helmet trus vroom motor balik umah. hahaha. makan nugget ja kat umah sambil layan GTO anime sambung yg semalam. baru episod 11,suma ada 43 episode. hahahaha. ada byk lagi anime yg aku lom watch tp syok2 download. takat ni anime yg best bleach,one piece,samurai champloo,afro samurai,devil may cry,blassreiter and also KARAS. karas layan,video dia lawa sket sebab gabung ngn 3d punya effect gak kot. tak salah aku la,aku reti tgk ja tatau depa wat camna kan. so,oklah. nak melayan teh tarik kak ani wat tadi sat. jaaanaaaa! chow!

izwan,day 6 & day 7

Assalamualaikum.

8:56am
emmm,apa aku nak storykan ek?tadak apa sgt berlaku pon untuk day 6. pagi aku bawak ott p amek motor baru dia dan petang bawak abah aku p appointment jumpa doktor. itu saja kot,pastu rehat sajalah. laptop ada "bootmgr" missing,so repair balik guna cd vista nasib bek dah ok balik dah. Alhamdulillah! tapi masih terfikir camna nak dapatkan "benda" tu dalam bulan ni gak kalu dak terpaksalah aku tggu bulan depan gak. hahahaha. takpala,bulan depan kaya la sket dengan OT aku yg pulun wat. (untuk 02 August 2009)

4:04pm
tadi beli nasik kat pak ndak,punyalah kenyang aku makan pastu mula nak dok eksesais dalam server room opis aku. hahaha. plan nak tidoq selepas makan tapi mengenangkan pesanan bakal org rumah aku maka dengan sepantas kilat aku melakukan sedikit pumping dan sit-up berdiri. dapat meredakan sedikit kekenyangan yg berlaku dan selepas itu dapat berehat secukup rasa. hahahahaha. tp,takmau makan dah ah! gemok la camni wey,melampau. ini sungguh melampau bagi seorang mohd izwan yg dahulunya kurus(la jugak) berbanding sekarang yg seumpama belon panas yg makin ditiup makin mengembang. hahahaha. apa2 pon,yang merinduimu syg! jumpa nanti k! tak sabaq nak jumpak aih! yu ho ho ho~
(untuk 03 August 2009)

izwan,day 5

Assalamualaikum.

11:06am
hari ni mai awai ke opis,org tgh sedap tidoq bercuti aku pagi2 lagi kena p opis dah. kiranya dah 4 minggu aku cuti ahad sahaja sebab sabtu tu kena keja. walaupun dibayaq overtime tapi lahanat punya bursa! dorg takpa bleh tukaq2 org nak mai tiap2 mggu,branch2 ni mana ada org keja sampai 10 org dlm satu department. bengong! bikin panas ja. adeh la,sabaq jala. kalu dorg nak bayaq,ok! aku keja,yg pntg hujung bulan ni moga2 aku leh dpt "benda" yg aku nak! hehehehe.. InsyaAllah! moga2 apa yg aku nak tercapai nanti. adoyai,ngantuk la plak. dah la ujan kat bawah tu ha,makin berkembanglah urat baloq aku ni. help~ help~ apalagi aku nak tulis ni ha,keja dah siap.. nak teruskan wat keja len HQ p downkan TRACS lak. alahai,malasnya aku.. nak tidoq cam tak best plak.. PSP lak tak bawak,ngn staff dok bawak anak mai opis bising2. tiada ketenteraman tau tak! tension tension! leh gila aku kalu camni,bila la aku leh wat apa yg aku nak? Astaga,sabaq na mud. ujian Allah nak uji kesabaran umatNya. Oklah,nak relax2 sat haa. nak berry pon ada gak ni. huhuhuhu.. chow!
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes