RSS

gaya baby tidoq!


gaya 1,2,4 dan 6 memang gaya Adenin Zara tidoq. buas sangat!

are you HAPPY? chart!



5 minit

Assalamualaikum,


"5 minit lagi lah aku solat,

penat, aku dah lah kerja dari pagi tadi.."


"Solat maghrib tu kan singkat masanya,

segerakanlah.."


"Kejaplah, aku penatlah..

kau faham kan aku cakap?.."


"Faham,

ok aku minta maaf.."


"Apasal kau minta maaf?

bukan kau buat salah pun..

salah aku kan lewatkan solat.."


"Ye, tapi aku nak minta maaf juga..

andai katalah kan,

5 minit waktu kau nak rehat ni..

tiba-tiba nyawa aku ditarik macam mana?

aku tak nak nanti, aku mati, aku buat kau terasa hati dengan aku..

nanti seksa aku kat sana nak cari kau, nak minta maaf..

sedangkan kau dan aku alam tak sama.."


"Woi, janganlah merepek..

aku tak ambik hatilah..

aku tahu salah aku..

aku pun minta maaf juga.."


"Yup, aku pun silap juga..

cuma kita tak jangka kan apa akan terjadi 5 minit lagi..

sama macam bola,

dengan masa 5 minit tu macam-macam kita tak jangka..

5 minit bermacam perkara terjadi yang kau dengan aku tak duga,

dalam 5 minit banyak orang mati disana sini,

dalam 5 minit persahabatan yang bertahun dibina, boleh putus macam tu je,

dalam 5 minit juga boleh putus ikatan saudara,

terlalu lama 5 minit tu beb,

tak siapa yang tahu semua rahsia dalam 5 minit tu..

sebab tu sebelum apa-apa, aku minta maaf kat kau,

aku pun banyak buat dosa..

jadi tak naklah aku rasa terbeban lagi dosa aku dengan kau.."


"Kau dalam cerita kau ada je macam tuju kat aku kan?


"Err, mana ada..

aku cerita pasal aku lah ni..

5 minit yang menjadi misteri,

kan..kan..? hehe.."


"Yelah,

kau ada je ayat nak kenakan aku balik.."


"Hehe..

rilekslah,

kau kan kawan aku..

so kenalah selalu tegur kan.."


"Errrmm, yelah.."


* Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi dalam masa 5 minit selepas ini. Selesaikanlah apa yang tertangguh, selagi ada masa..Segerakan dan usah ditangguhkan..

sami vellu yang melawakkan pun hadoi!

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

trend letak anak patung kat bumper kereta...

Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.

orang dulu orang sekarang

Kalau dulu....

  1. Orang buat rumah sendiri. 1-3 tahun dah siap.
  2. Guna baju kebaya ketat, cantik.
  3. Isteri di dapur, suami cari nafkah.
  4. Satu komputer satu rumah.
  5. Orang hantar duit guna pos.
  6. Dulu satu kereta satu rumah.
  7. Anak kena marah kalau gagal periksa.
  8. Murid kena cari guru untuk kelas tuisyen.
  9. Kena tinggal bas sekolah kalau lambat bangun.


Sekarang.....

  1. Orang tunggu rumah siap dibuat orang. 5 tahun tunggu pun tak siap2. Jadi projek terbengkalai.
  2. Guna baju kebaya ketat, seksi... terus jadi gosip hangat.
  3. Suami di dapur, isteri cari nafkah.
  4. Satu 'laptop' satu orang. Dalam rumah lebih dari satu orang.
  5. Sekarang tekan2 butang, duit dah masuk.
  6. Sekarang satu orang, 2-3 buah kereta.
  7. Cikgu kena marah kalau anak gagal periksa.
  8. Sekarang cikgu yang cari murid untuk tuisyen.
  9. Bas sekolah tunggu depan rumah.

10 Solat Yang Tidak Diterima

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


mari belajaq kickboxing & muaythai

Sukan kickboxing meletup dan terkenal di seluruh Jepun. Peninju kickboxing terhebat di Jepun ketika itu ialah Tadashi Sawamura. Bagaimanapun, selepas beliau bersara, sukan kickboxing menjadi suram. Selepas beberapa lama, sukan kickboxing meningkat semula selepas K-1 diadakan pada 1993. Kazuyosi Ishii, pengasas Karate Seidokaikan menganjurkan K-1 di bawah peraturan kickboxing (tiada siku dan bergelut). Acara ini berkembang di seluruh Eropah, Amerika, Australia dan New Zealand.

Aliran Kickboxing

Adithada – Cabang kickboxing dari India yang menggunakan lutut, siku dan hantukan kepala. Maksud adi ialah memukul manakala thada pula ialah menahan. Ia lebih terkenal di kawasan selatan India seperti Tamil Nadu dan Sri Lanka. Seni ini juga dipanggil gaya selatan Kalari Payat.

Lethwei – Seni tradisional rakyat Burma yang menyerupai Muay Thai. Juga dikenali sebagai Bando. Petarungnya tidak memakai glove sebaliknya membalut tangan dengan tali hem. Peraturannya sama seperti Muay Thai tetapi membenarkan hantukan kepala terhadap lawan. Petarung Lethwei sering dilarang berlawan dengan aliran kickboxing lain kerana teknik yang digunakannya terlalu ganas untuk sukan tempur.

Pradal Serey – Berasal dari ilmu beladiri Bokator. Maksud Pradal Serey ialah pertarungan bebas. Tekniknya hampir sama dengan Muay Thai namun penggunaan siku lebih ditekankan. Seni ini merupakan seni tempur tentera ketika kegemilangan kerajaan Angkor (meliputi Kemboja, Vietnam, Laos dan Thailand) sejak abad ke-9 hingga abad ke-15. Ramai pengkaji menyatakan Muay Thai berasal dari Bokator. Seni tarung ini mula mendapat perhatian dan berubah menjadi sukan tempur apabila penjajah Perancis memperkenalkan glove dan gelanggang pada abad ke-20. Sukan ini diharamkan sementara ketika pemerintahan gerila Khmer Rouge.

Muay Boran – Ibu kepada Muay Thai. Muay Boran terbahagi kepada empat aliran berdasarkan kedudukan daerah berkembangnya seni ini, iaitu Muay Thasao, Muay Korat, Muay Lopburi dan Muay Chaiya. Pada hari ini, agak susah mencari gim yang mengajar Muay Boran walaupun di Thailand. Kebanyakan gim di Thailand hanya menawarkan Muay Thai moden dan ada yang menggunakan nama Muay Boran tetapi hanya mengajar Muay Thai moden untuk mencari keuntungan. Hero filem Ong Bak, Tony Jaa telah mempelajari salah satu aliran Muay Boran, iaitu Muay Korat. Muay Chaiya berasal dari daerah Surathani, selatan Thai. Kelainan Muay Chaiya ialah pergerakannya rendah seperti membongkok. Kedua-dua lutut dibengkokkan dan seluruh sendi dihalakan ke hadapan bersedia menghalang pukulan yang datang. Ada kalanya pengamalnya membongkok dan hanya berdiri menggunakan sebelah kaki. Sebelah kaki lagi bersedia untuk menghalang atau melepaskan pukulan. Muay Chaiya ialah seni yang terkenal kerana kepakarannya menggunakan setiap sendi dalam menghalang pukulan pihak lawan dan pada masa yang sama bersedia melepaskan pukulan yang keras. Muay Chaiya banyak dipengaruhi oleh silat kerana terdapat bunga tarian, buah pukulan dan dipertontonkan bersama alunan muzik (serunai, gong dan gendang).

Muay Lao – salah satu seni beladiri yang menyerupai Muay Thai dan diamalkan oleh rakyat Laos. Seni ini juga berasal dari ilmu beladiri Bokator dan merupakan sukan kebangsaan negara Laos/

Tomoi – Seni tempur Muay Thai yang telah mengalami proses asimilasi dengan budaya Melayu dan diamalkan oleh penduduk di negeri Kelantan dan Kedah. Diamalkan sejak ratusan tahun lalu kerana kedua-dua negeri ini pernah ditakluk oleh Siam. Di Kelantan, tomoi dikenali sebagai Silat Boksing atau Boksing Kelantan.

Kickboxing Jepun – Tekniknya hampir sama seperti Muay Thai tetapi pemberian mata di gelanggang tidak sama dengan gelanggang Muay Thai (contohnya K-1). Tiada langkah sembah atau muzik iringan semasa pertandingan.
Savate (dibaca savat) – Dalam bahasa Perancis, savate bermaksud but lama. Seni ini terkenal dalam kalangan kelasi Perancis yang selalu bertarung di atas kapal. Pada awalnya, pengamal savate hanya menggunakan kaki sebagai senjata serangan. Penggunaan tangan mula diperkenalkan selepas seorang pengamalnya, Charles LeCour tewas kepada peninju British, Owen Swift sekitar tahun 1830. Kickboxing Perancis ini tidak menggunakan siku dan lutut sebagai senjata. Ahlinya juga tidak menyepak menggunakan tulang kering sebaliknya hanya menggunakan tempurung kaki. Mereka juga dibenarkan memakai kasut ketika berlawan.

Sanshou/Sanda – Bermaksud pertarungan bebas, ia salah satu aliran tempur dari wushu dan turut membenarkan peninju membuang dan menjatuhkan lawan dengan kuncian. Sanda diasaskan oleh tentera China sebagai salah satu sukan untuk menguji kekuatan masing-masing. Berbeza dengan Muay Thai, Sanda melarang petarungnya menggunakan siku dan lutut semasa perlawanan. Mereka juga hanya dibenarkan bergelut selama beberapa saat sebelum dileraikan oleh pengadil.

Shootboxing – Sukan tempur ini diasaskan oleh seorang kickboxer, Caesar Takeshi pada 1985. Sukan ini merupakan salah satu aliran kickboxing Jepun yang membenarkan buangan dan kuncian. Terdapat pertandingan profesional yang dianjurkan di peringkat antarabangsa seperti S-Cup.

Yaw-Yan – Nama lain bagi Sayaw ng Kamatayan (tarian kematian) dan diasaskan oleh Napoleon Fernandez di Filipina. Tekniknya hampir sama dengan Muay Thai.

persediaan kawen untuk orang baru nak kawen!!

Persediaan bergelar pengantin baru zaman ini tidak seperti dulu. Setiap bakal pengantin sudah bijak merancang apa yang bakal mereka inginkan ketika melangsungkan majlis yang bakal meninggalkan kenangan yang indah itu.

Walaupun apa bentuk dan tema majlis yang dirancang sebaiknya “ukurlah baju dibadan sendiri”. Majlis yang penuh makna tidak semestinya mewah. Biar sederhana asalkan semua yang dirancang, berjalan lancar.

Semua pihak gembira dan merestui kamu berdua, ikuti dan tips dan panduan yang kami himpunkan dan insyaallah, ia dapat membantu perancangan anda.. :)

Senarai Semak Majlis Perkahwinan:

12 Bulan Sebelum Majlis.

  • Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
  • Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
  • Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,Pelamin, Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
  • Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.

8 Bulan Sebelum Majlis.

  • Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
  • Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
  • Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  • Daftar kursus pra-perkahwinan.
  • Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
  • Dan lain-lain hantaran.

6 Bulan Sebelum Majlis

  • Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
  • Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Memberi cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
  • Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
  • Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.

3 Bulan Sebelum Majlis

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
  • Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
  • Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  • Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.

2 Bulan Sebelum Majlis

  • Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

3 Minggu Sebelum Majlis

  • Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.

3 Hari Sebelum Majlis

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  • Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).

Usai Majlis

  • Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
  • Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
  • Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
  • Bertenang dan selalu senyum.
  • Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.

kisah orang berkahwin..... lalalalala......

Pada malam jumaat seorang suami memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai lelaki..

Suami: Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat (sunnah rasul), bererti kita telah membunuh 40 setan.

Isteri: Macam tu bang, Kalau main 2x bang??

Suami: Bererti kita membunuh 80 Setan

Isteri: Kalo 3x bang ???

Suami: 120 setan

Isteri: Kalo 4x bang ???

Suami: 160 setan

Isteri: Kalau 14x pulak bang ???

Suami: Itu kau nak BUNUH AKU.... SETAN!!!....

Senarai Singkatan Istilah di Dunia Maya Beserta Maksudnya.

Didalam dunia internet begitu banyak istilah yang singkatkan, yang membawa maksudnya tersendiri. Mungkin istilah yang tersenarai dibawah ini dapat membantu anda untuk memahami akan maksud yang sebenar dan tersirat.


AAMOF - As A Matter Of Fact = Seperti dijelaskan pada fakta (?)
AFAIK - As Far As I Know = Setakat yang saya tahuAFAIC - As Far As ï'm Concerned = Setakat yang saya konsern


AFAICT - As Far As I Can Tell = sejauh yang saya boleh ceritakan
AFK - Away From Keyboard = lagi jauh dari papan-taip (jika terpaksa meninggalkan chat-room kerana sesuatu hal)


ASAP - As Soon As Possible = secepat mungkin
ASL - Age, Sex, Locations = Umur, Jenis Jantina, lokasi
BAK - Back At Keyboard = Kembali ke papan-taip
BBL - Be Back Later = Akan kembali nanti (jika hendak meninggalkan chat-room sementara waktu)


BITMT - But In The Meantime = Tetapi dalam kurun waktu
BOT - Back On Topic = kembali ke topik
BRB - Be Right Back = Saya kembali ...


BTW - By the way = dalam perbincangan (biasanya dipakai untuk membincangkan subtopik tertentu di luar topik yang sedang dibicarakan)
C4N - Ciao For Now = idem dengan CU - See you = sampai jumpa (untuk keluar / menamatkan chat / topik)


CMIIW - Correct Me If ï'm Wrong = Perbaiki saya jika saya salah
CRS - Can't Remember "Stuff" = Tidak ingat "benda" yang dimaksudkan
CU - See You = idem C4N


CUL (8R) - See You Later = idem C4N
CWOT - Complete Waste Of Time = Sangat menghabiskan masa saja
CYA - See Ya = idem C4N


DIY - Do It Yourself = Kerjakan sendiri
EOD - End Of Discussion = akhir perbincangan
EZ - Easy = gampang, mudah


F2F - Face To Face = kopdar, ketemuan fizikal
FAQ - Frequently Asked Questions = hal-hal yang sering ditanya
FBOW - For Better Or Worse = untuk baik atau buruk


FOAF - Friend Of A Friend = teman dari teman
FOCL - Falling Off Chair Laughing = sampai jatuh dari bangku kerana tertawa (mentertawakan sesuatu yang sangat lucu, hampir sama dengan LOL - Laughing Out Loud)


FWIW - For What It 's Worth = Untuk apa itu kepada
FYA - For Your Amusement = Untuk kegunaan (biasanya merujuk kepada games)
FYI - For Your Information = Untuk informasimu (biasanya untuk memberikan maklumat tertentu)


/ Ga - Go Ahead = ayolah
GAL - Get A Life = dapatkan hidup (mu) (biasanya merujuk untuk orang yang addicted (ketagihan) pada sesuatu hingga lupa makan, tidur atau minum)
GBTW - Get Back To Work = kembali kerja


GFC - Going For Coffee = pergi untuk minum kopi
GFETE - Grinning from ear to ear = bisik-bisik (?) [FYI, google translator menterjemahkannya: Kernyih dari telinga ke telinga]


GMTA - Great minds think alike = sebahagian besar pemikiran (orang) berfikir sama
GR & D - Grinning, Running & Ducking = kernyih, berlarian dan tunduk
GTG - Got To Go = Harus pergi


GTGTTBR - Got To Go To The Bathroom = perlu pergi ke bilik kecil
GTRM - Going To Read Mail = mahu baca surat elektonik
HAND - Have A Nice Day = semoga mendapat hari baik


HHOK - Ha Ha Only Kidding = Ha ha hanya bercanda
HTH - Hope This Helps = Berharap ini dapat menolong (biasanya merujuk kepada sebuah artikel)


IAC - In Any Case = Dalam kes apapun
IAE - In Any Event = Pada event apa-apa
IC - I See = saya faham


IDGI - I Don't Get It = saya tidak faham
IMCO - In My Considered Opinion = dalam anggapan saya
IMHO - In my humble opinion = dengan kerendahan hati, pendapat saya ....
IMNSHO - in My Not So Humble Opinion = dengan tidak rendah hati, pendapat saya (kebalikan IMHO)


IMO - In My Opinion = dalam pendapat saya
IMPE - In My Personal Experience = dalam pengalaman peribadi saya
IMVHO - In My Very Humble Opinion = dengan sangat rendah hati, pendapat saya ....
IOW - In Other Words = dengan kata lain


IRL - In Real Life = dalam kehidupan sesungguhnya
ISP - Internet Service Provider = Pembekal perkhidmatan internet
IYKWIM - If You Know What I Mean = Jika anda tahu apa yang saya maksud
JIC - Just In Case = hanya dalam kes-kes tertentu


J / K - Just kidding = hanya bercanda
KISS - Keep It Simple Stupid = buat itu mudah, [* red: sorri kata terakhir ertikan sendiri]
L8TR - Later = nanti


LD - Later dude = nanti bung
LOL - Laughing Out Loud = ketawa terbahak-bahak
LTNS - Long Time No See = sudah lama tidak jumpa


MorF - Male or Female, or person who asks that question = laki-laki atau perempuan, atau orang yang bertanya
MTCW - My Two Cents Worth = berharga dua sen (biasanya untuk meledek sesuatu yang dianggap "murahan")


NRN - No Reply Necessary = tidak perlu dibalas
Onna - Oh No, Not Again! = Oh tidak, tidak lagi!
Otoh - On The Other Hand = dalam tangan yang lain


OTTOMH - Off the top of my head = di atas kepala saya
OIC - Oh I See = oh saya faham
OOT - Out Off Topic = luar Bahasan
OTF - On The Floor = di atas lantai


OLL - Online Love = cinta online
PLS - Please = sila
PU - That Stinks! = Itu bau! (Untuk berseru ketika mencari sesuatu yang menjengkelkan)


Rehi - Hello Again (re-Hi!) = halo lagi
ROFL - Rolling On Floor Laughing = Tertawa sampai terguling-guling di lantai
ROTF - Rolling On The Floor = berguling-guling di lantai


ROTFL - Rolling On The Floor Laughing = idem ROFL
RSN - Real Soon Now = Sesegera mungkin
RTDox - Read The Documentation / Directions = Baca dokumentasi / Petunjuk


RTFM - Read The Frickin 'Manual = Baca manual
RUOK - Are You OK? = Apakah kamu ok?
Snafu - Situation Normal; All fouled Up = Situasi normal; semua dibohongi (setelah adanya provokasi (biasanya dari spammer))


SO - Significant Other = sama dengan yang lain
SOL - Smiling Out Loud (or Sh * t Out of Luck) = Tersenyum lebar-lebar
TANSTAAFL - There Ain't No Such Thing As A Free Lunch = TidakApakah Tiada Yang Seperti Makan tengah hari percuma


TAFN - That 's All For Now = Itu semua untuk sekarang
TEOTWAWKI - The End Of The World As We Know It = Kiamat seperti yang kita tahu


THX - Thanks = terima kasih
TIA - Thanks In Advance = terima kasih sebelumnya
TLK2UL8R - Talk to you later = bicara denganmu nanti


TMK - To My Knowledge = dari pengetahuan saya
TOS - Terms Of Service = Peraturan dari perkhidmatan
TPTB - The Powers That Be = Pemilik kekuatan yang boleh


TSWC - Tell Someone Who Cares = Ceritakan seseorang yang peduli
TTBOMK - To The Best Of My Knowledge = Dari pengetahuan terbaik saya
TTFN - Ta-Ta For Now = idem CU


TTYL (8R) - Talk To You Later = idem TLK2UL8R
TWIMC - To Whom It May Concern = Untuk siapa saya yang peduli
Txs - Thanks = terima kasih


URL - Web Page Address = alamat laman
w / b - Welcome Back = Selamat datang / kembali lagi
w / o - Without = tanpa


WRT - With Regard To = dengan penghargaan ke
WTG - Way To Go = arah, sesuatu akan bermula
WU? - What 's Up? = Apa yang terjadi?


WWW - World Wide Web = Jejaring Besar Dunia
WYSIWYG - What You See Is What You Get = Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat


Y2K - Year 2000 = tahun 2000
YGIAGAM - Your Guess Is As Good As Mine = Tebakanmu seperti saya
YGWYPF - You Get What You Pay For = Apa yang anda dapat itu yang anda bayar
YMMV - Your Mileage May Vary = [* red yang ini susah diterjemahinya ]
ZZZ - Sleeping = Tidur

bila kita............

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati

fungsi henpon ketika kecemasan.

1. NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah sama iaitu 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus di dail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad lock).

2. KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci kereta bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


4. TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes