RSS

almost have it..... berdoa agar impian tercapai... insyaAllah...

Assalamualaikum wbt.


apa yang almost dapat tu? emm. naked bike kawasaki er-6n la. apa lagi,motor idaman kalbu ku. tadi bincang2 ngn tok, tok bagi greenlight dah untuk sambaq motor tu, cuma la ni tengah pujuk abah aku plak la jawabnya. huhuhu. aku teringin sangat nak memiliki motor tu memandangkan monthly pon tak mahal sangat cam keta aku. doa2kan agar impian aku terlaksana nanti. dalam minggu ni or minggu depan ja. settle semua nanti aku upload gambaq motor tu masuk sini yea.

oklah. ngantuk,sok keja la plak. isteri tidoq ngn adik ipaq, so aku tidoq bujang la malam ni. huhuhu. oklah. nitey nite.


Wassalam


klx ka???? emm. er-6 sedap la sikit... camna????

Assalamualaikum wbt.

persoalannya disini ialah. bagaimana nak dapatkan er-6n?

apa tu er-6n?? owww. haaa. ni kat bawah ni ada gambaqnya. tengok la dengan sepenuh hatimu.

emmm.




nampak? nampak? haa. ini la er-6n. lawa kan? harga pun lawaaaaa gak.
hohohoho.

oh duniaku ini...

mampukah aku menangis mengenangkannya?

biar lemah badan ini,
biar hancur hati ini,
biar mati aku ini,

aku akan pulangkan kembali segalanya nanti.

biarpun aku menggadaikan segalanya milikku.
termasuk kehidupanku mahupun nyawaku sebagai gantinya jika perlu.

f a a m k a n u k a g a n y a s .

11 Januari 2011, 11.01.2011, 11.1.11

Assalamualaikum wbt.

haih,sepatutnya angka tarikh tu membawa seribu satu makna untuk aku ngn wife. tapi macam2 plak jadi kat aku. huhuhu. Kuatnya dugaan tuhan. macam2 jadi. huhuhu. tabah dan sabar jela. seawal pagi lagi macam2 jadi.

1 - terlepas feri ke butterworth.
2 - masa tunggu feri lain, ada plak orang gila keling meracau sorang2 mai dok sebelah aku.
3 - dah dapat feri,terlepas bas ke aloq staq
4 - dah terlepas bas,lambat plak masuk opis (9.00am sepatutnya sebelum 8.30am)
5 - backup lewat sebab akak kat opis aku p amek anak dia balik sekolah. kena tunggu dia buat report dulu baru aku leh backup.
6 - dah siap backup aku pun rushing nak kejar bas balik penang. dalam time rush2 tu aku laju sangat kot nak kejar lampu ijau dan nyaris2 nak eksiden. time tu tawakal ja,samada sapu belakang bas or belakang kereta. last2 menet sempat elak both benda tu dan selit celah bas dan kereta tu. adoi,nyaris2 dah. telur atas dahi dah time tu. tawakal ja la.
7 - dah naik bas, sejuk la plak sebab aircond kuat dan ujan kat luaq tu. jaket tak bawak plak tu. kesejukan sampai butterworth.
8 - dah sampai stesen bas butterworth,rushing nak p feri dan dalam time rush2 tu plak kaki tersadung kat tangga naik jeti tu. nyaris2 tersungkur tapi sempat tahan ngan tangan.

pastu takdak 9 0r sepuluh dan seterusnya dah. selepas naik feri,aku selamat sampai seberang ke joshtown tanpa sebarang masalah dan kecelakaan. selamat jumpa ngan isteri aku kat umah dan kami p bukit jambul beli barang isteriku.

ntah la, tak menjadi semuanya. aku berharap sangat2 agar dapat keja kat penang or dapat keja berdekatan penang. takpun at least dapat motor besaq sebiji untuk aku berulang alik penang ke kedah.

moga semuanya menjadi mudah dengan izinNya. "Ya Allah ya tuhanku, permudahkan jalanku ya Allah,hanya dariMu ku memohon segalanya".

what.......

kind of a man i am??

two thousand eleven

Assalamualaikum wbt.

apa kabar semua ya? emmm. dah masuk pun tahun 2011 kan kan? huhuhu. azam? selalu orang tanya "apa azam hang tahun ni?". apa azam aku ek? ikutkan sebetulnya azam aku ialah menunaikan azam tahun lepas, dah azam tahun lepas ialah menunaikan azam tahun tahun lepas. so camna kira tu? huhuhu. ntah la. aku tak berazam apa2 sangat pun cuma aku berjanji ngan diri aku sendiri untuk memperbetulkan ilmu agama aku, mencari pendapatan yang lebih baik dan dapat menjamin keluarga aku, menjaga isteri aku sebaik mungkin dan sentiasa berada disisi beliau setiap masa dan bawak isteri tersayang p honeymoon. honeymoon? yaaa! kena bawak p honeymoon sebelum isteri aku pregnant. kalo tak, lambat la jawabnya. huhuhu.

apa2 pon,aku berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaanNya dengan penuh kesabaran dan cekal. InsyaAllah. dan satu lagi ialah aku berharap agar dapat pekerjaan di penang dengan pendapatan yang lebih baik dari sekarang. bukannya aku tak menghargaai pekerjaan sekarang,tapi memandangkan aku adalah ketua keluarga aku perlu mengetuai keluargaku sebaik mungkin. mungkin mengambil masa yang lama atau pun cepat,so aku berharap agar isteriku dapat bersabar dan tidak tertekan.

oklah,ngantuk gila ni. huhu. nak p semayang asar dulu sat.

Wassalam.


 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes