RSS

Pengalaman Ustaz Kazim Berceramah di Singapura


Berceramah hanya boleh sehingga jam 10.30 malam sahaja, jika ceramah masih juga berjalan semua lampu akan dimatikan. Itulah pengalaman Ustaz Kazim yang dijemput berceramah dinegara Singapura yang kononnya sebuah negara yang bebas dan demokrasi.

Ustaz Kazim berkata lagi tujuan beliau pergi berceramah adalah untuk mengutip derma bagi membina semula pagar Surau yang dirobohkan oleh kerajaan Singapura kerana pagar Surau terlebih hanya 4" masuk dalam rizab jalan.

Begitulah azabnya umat Islam di negara Singapura yang tidak pernah mendapat bantuan walau sesen pun. Mereka mencari dana sendiri untuk membina surau, itu pun di atas tanah persendirian.

Mereka pula dilarang menggunakan pembesar suara semasa azan. Jika nak azan juga tidak boleh sehingga 14 harakat cuma satu atau dua harakat sahaja.

Berceramah di sana kata ustaz Kazim akan dipantau oleh beberapa 'Special Branch'(SB). SB akan memastikan ceramah ustaz Kazim tidak lari daripada tajuk. Yang paling kerajaan Singapura pantang apabila menyebut nama Lim Kuan Yew. Jika Ustaz Kazim menyebut sahaja Lim Kuan Yew maka SB akan terus datang mematikan mikrofon, menutup lampu dan meminta Ustaz Kazim kemas barang dan terus balik ke Malaysia.

Mereka masih menggunakan undang-undang ISA yang lebih teruk daripada Malaysia.


Ustaz Kazim berkata lagi pengalaman beliau berceramah disebuah Masjid empat tingkat yang dihadiri lebih 4 ribu jemaah apabila hendak memulakan ceramah permit belum sampai, undang-undang di Singapura jika tiada permit tidak seorang pun dibenarkan untuk berceramah walaupun dalam kawasan Masjid. Jika Ustaz Kazim berceramah juga Ustaz Kazim akan disenaraihitam dan tidak lagi boleh memasuki negara Singapura pada masa akan datang.


Negara Singapura adalah negara yang berlandaskan pluralisme. Begitulah penipuan pemimpin cina Lim Kuan Yew yang terang-terang menindas umat Islam di Negara Singapura.

sumber dari malaysiaria


0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes