RSS

TOK!!

Assalamualaikum wbt.

hari ni baru berkesempatan untuk menulis coretan yang berlaku dihari-hari aku. topik yang paling penting dan menyentuh hati semua orang adalah tok tersayang telah dimasukkan ke wad hospital. tak penah tok tak sihat macam ni, tak penah tengok tok tak berkata apa-apa, tapi kali ni sangat sayu melihat tok tidak sedarkan diri terbaring diatas katil hospital apatah lagi kini berada di wad kecemasan icu dengan bantuan oksigen dimasukkan ke dalam mulut, leher dicucuk dengan penyalur dalam terus ke jantung untuk mempercepatkan kemasukkan darah ke jantung. emmmmm. :(( sedihnya tengok apa yang ditanggung oleh tok.

semuanya bermula dengan tok kehabisan ubat jantung, lepas tu badan jadi lemah dan tekanan darah menurun, ulser didalam tekak dan tok tak lalu makan. lepas tu tok dimasukkan kehospital untuk tambah air. sebanyak 16 botol air dimasukkan sebab tok ingat dan kira semunya. tok masih sedar lagi time ni, lepas tu tok seakan2 stroke sampaikan mata terbeliak luas, mak penah cakap nampak tok time tu macam nak habis nafas dah tapi atas tindakbalas cepat nurse2 yang jaga, dorang masukkan oksigen kat tok, tok normal balik tapi lepas tu tok dihantar balik ke wad icu, kali ni masuk resus zone atau redzone dalam maksud lain untuk yang kritikal sahaja. doktor cakap denyutan jantung tok sangat lemah, kekurangan darah, usus pecah dan jangkitan kuman. darah dimasukkan dari tangan dan kaki untuk menampung darah yang kurang dalam badan tok dan tok sudah tak sedarkan diri. denyutan jantung semakin lemah dan bergantung pada bantuan pernafasan saja. :((

penah sekali doktor bagitau yang kalau berkemungkinan jantung berhenti sendiri, kami waris ini membenarkan doktor melakukan tekan dada atau membiarkan sahaja. ayat yang paling menyentuh hati aku. aku sangat sayangkan tok! satu-satunya tok yang aku ada tok yang paling baik didalam dunia ni!

tapi semalam 24/5/12, doktor panggil mak bagitau yang jantung tok semakin stabil, penjalanan darah jugak stabil. mak pun ada tengok tok yang mulut tok bergerak2 dah. cuma depa kena buat scope untuk tengok perkembangan usus yang pecah tu macam mana. dan hari 25/5/12, bang ngah call dari hospital cakap tok dah buka mata dah sedarkan diri. tak sabaq nak p peluk cium tok!!!!!! rindu tokkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oklah, nak sambung keja pastu balik! nak p melawat tok pastu p cari walker untuk adenin zara! :)) anak ayah sure excited melampau. huhuhu. apa2 pun, aku doakan moga tok bertambah kuat dan sihat dan gelak senyum seperti biasa. amin ya rabbal'alamin.

Wassalam.

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes