RSS

kisah hospital

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


moral : kita anggap hospital ni tempat untuk berubat,tempat untuk memulihkan kesakitan tapi kdg2 hospital jugak yg menyebabkan kita sakit dan mungkin membawa padah. bukan aku tak percaya hospital dan tak kata semua hospital teruk,cuma byk cerita dari suratkabar even dari pesakit lain dan paling dekat ialah abah aku yg menyebabkan aku berkata camni. kelalaian hospital boleh menyebabkan macam2 hal berlaku,dari tak sakit jadi sakit.. dari sakit boleh membawa kearah kematian pun ada. cuma,kita bertawakal sajalah bila p berubat kat hospital. moga yg sakit menjadi sembuh,yang sembuh menjadi bertambah baik.

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes