RSS

SCAN RESULT : dah nampak dahhhhh!!! :))))

Assalamualaikum wbt.

hak hak hak! tudiah! permulaan yang galak sungguh. mana taknya, hari tu kami p scan perut buntal wife aku tu kat KLINIK GANGA kat market besaq nun. okla, harga pun tak mahal sangat la sebab scan biasa ja, dalam RM35 ja sekali dapat sample susu. huhuhu. nak dijadikan ceritala kan.

time scan tu, nampak la our baby! Alhamdulillah, setakat yang nampak tu, baby dalam keadaan sempurna dan cukup sifat kaki tangan semua ada. jantung baby berdegup kuat sungguh, doktot cakap sebab dia lapar (yela, kami tak makan lagi time tu... huhuhu). nampak jari jemari dia gamit-gamit macam tengah "bubye" kat kami berdua sebab mungkin dia tau kami tengah tengok dia. huhuhu :))

aku suka sangat!!!!!! jantina jugak sudah nampak. tapi dirahsiakan buat masa ni yeeeee. huhuhuhu. apa2 pun, aku bersyukur sangat dengan zuriat yang Allah bagi kat kami ni. harap beliau dilahirkan sebagai insan yang sempurna akal fikirannya. amin ya rabbal'alamin.

oklah. setakat ni dululah hasil nukilan kegembiraan aku ini. walaupun banyak rintangan yang datang melanda. aku tabah dengan dugaan ini, harap kelahiran ini dapat menyempurnakan lagi kehidupanku dan keluarga aku ini. amin.

Wassalam.



(sekadar gambar hiasan)

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes