RSS

keperluan mommy & baby....

Assalamualaikum wbt.

hop hop~. tak lama dah ni. persediaan dah kena buat dah ni. masuk 7 bulan dah. kalau baby tak sabaq nak keluar kalut ni. huhuhu. first sekali nak kena sediakan barang2 keperluan baby & mommy la. daddy takpa, daddy leh keluar dari wad. huhu. barang-barang dah list down kat bawah ni. apa yang kurang apa yang terlebih sila bagitau yea. tochei tochei!

Persediaan Si Anak
1- 1 alas untuk menyalin lampin
2- 10 helai lampin pakai buang / lampin biasa dengan lapik plastik. (cloth diaper lagi elok. kan?)
3- baby wipe (tisu basah)
4- krim diaper
5- 4 or 5 helai baju dan seluar bersih.
6- 2 plastik beg or 1 water proof punya bag untuk letak lampin/baju/kain kotor yang basah.
7- 3 helai kain muntah. (perlu ka?)
8- 2 helai sweaters dan topi.
9- 2 selimut yang ringan.
10- 2 tuala mandi.
11- 3 or 4 stoking kaki dan sarung tangan baby.
12- minyak telon (minyak yu yee), mandian baby, losyen, bedak, minyak baby dan lain-lain.
13- 3 helai barut baby.

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin.
1- mama & papa punya ic
2- kad lawatan hospital atau lebih dikenali sebagai buku merah
3- handphone & camera (nak merakam gambar baby!)
4- Al-Quran
5- buku atau magazine (kalau la si mama ni rajin membaca kan. huhuhu)
6- 2 helai t-shirt lengan panjang ataupun blouse.
7- 2 helai kain batik
8- 2 helai sweaters
9- 2 pasang tudung
10- set pakaian dalam (ikut berapa pasang si isteri nak)
11- 2 set stoking kaki yang tebal

12- sehelai tuala mandi
13- 2 helai tuala muka
14- set mandian mama (sabun,berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat, gincu... gincu??)
15- buah kurma (usop tayup! har har har :P)
16- air zam zam (kalau leh dapat bekalan ek sayang. yang usahakan k!)
17- maternity pad (pad bersalin) ..... (perlu ka aku translate ke bahasa melayu?) hahaha.


last sekali, prepare duit lebih. sebab tak pasti mana nak bersalin. kalau gomen punya spital takdak masalah sangat tapi kalu swasta punya? huhuhuhu. sendiri mau fikir la papa!

insyaAllah papa sediakan yang terbaik untuk mama & baby. papa usahakan yang terbaik!

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes