RSS

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!!

Assalamualaikum wbt.


pertama sekali, aku SANGAT BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI atas kurnia yang Engkau berikan kepadaku ini ya ALLAH. kurniaan yang aku percaya setiap insan yang berkahwin mesti mahukan hadiah ini ya Allah, dan Engkau kurniakan kepadaku zuriat yang sangat sempurna bagiku ya Allah. aku berjanji akan menjaga dan mendidik zuriatku ini kejalan yang benar kejalan Mu ya Allah ya tuhanku. dengan tangisan syukur dariku, aku sangat berterima kasih kepadaMu atas segalanya. atas kesihatan isteri dan anakku ini ya Allah.

dan untuk pengetahuan semua yang melawat blog ini, isteriku selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel n sempurna bagiku pada 04/10/11 jam 5.07pm seberat 3.2kg. aku sangat bersyukur untuk segalanya. setelah 7 jam isteriku menahan kesakitan, setelah 50 minit isteriku melawan keperitan untuk beranak normal tapi tidak kesampaian akhirnya isteriku dimasukkan ke bilik bedah pada jam 4.50pm. akhirnya pada jam 5.07pm lahirkan seorang insan kedunia ini dengan tangisan didalam bilik bedah itu. walaupun kesakitan, isteriku menjerit bukan kerana sakit tapi kerana gembira dengan baby yang baru dilahirkan itu. hilang segala kesakitan beliau apabila pakar bedah meletakkan baby kepangkuannya setelah sedar dari bius. Alhamdulillah!

aku orang pertama yang dipanggil pembantu perubatan dari semua ahli keluarga yang berkumpul menunggu isteriku diluar bilik bedah tu untuk melihat anak sulung aku tu. sebagai ayah, aku layak dan menjalankan tanggungjawabku untuk qamatkan anak aku tu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan airmata yang jatuh tanpa aku sedari. kenapakah agak skema cara penaipan dan perceritaan aku ketika ini hah???? hahaha. tadak pa, aku excited sangat nak menulih kot kan? ofkos la aku excited. anak sulung aku, zuriat aku, pewaris aku camna pun!!!! hehehehhe.

rambut lebat baby aku ni, as expected dah bila tengok kelakuan wife aku ketika mengandungkan dia. asyik sangat nak terkencing. huhuhuhu. takmau la cerita banyak, gambaq aku letak sekeping ja, nak tengok lebih p kat laman facebook aku nah. click ja kat sini -> izwan rahman <- dan kepada yang tak friend ngan aku lagi, add friend sajalah kalau sudi nak tengok. tapi baik tengok, sebab COMEL sangat baby aku tau! hehehhe :)

for my wife, i pray for speed recovery for you my dear honeymommy. and for you my sugarbaby, i pray for speed "membesaq" k baby. love both of you sooooooo muchhhhh!!!!

muuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam.

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes