RSS

rumah kami sendiri :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. sudah 3 minggu aku bergelar suami kepada nurul atikah isteriku :) aku amat bahagia bersama isteriku :)))) nampak tak tu? senyum leeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeebaq! hehe :) semuanya senyum ja kan? hahaha. dalam masa yang sama aku pun dah start keja ni ha. adoi, tak best tol. tak sempat nak p honeymoon lagi pun. kena bawak bini p honeymoon gak ni nanti. mesti!

sekarang kami dah masuk apartment. rumah baru dan kosong lagi. tengah berusaha men-furnish-kan rumah kami sekarang ni. penat la jugak angkut2, angkat2, tolak2 barang2 naik atas tingkat 7. ops! lupa nak bagitau,kami sekarang menetap di relau,pulau pinang dekat sri nilam apartment. tingkat 7 ya. huhuhu. banyak gak barang nak kena beli. setakat la dah masukkan barang2 (hadiah kawen) semuanya. set pinggan mangkuk, dapur elektrik + dapur gas, tv dah beli sebelum ni. besauuuuuu woo tv kami. hahahaha. thanks to mr. vincent yap sebab bagi dvd player. hahaha. baru ingat nak beli,tapi dia dah bagi dvd player yang siap ngan karaoke lagi tuuuuu. hahaha. leh la kami menyanyi bersuka ria. opppss~ terlebih suka la plak.

huhuhu. semalam beli set sofa bed,tilam ngan kabinet tv. jumaat baru antar masuk rumah. semalam bleh bawak balik kabinet tv ja sebab belum pasang. ni balik keja terus balik penang nak tolong kemas2 rumah lagi. nasib baik ada mak mentua ngan adik2 ipar yang comel2 tolong kemas2 dan angkat2 barang. hahahaha. puji ada makna tu :P

oklah,nak continue buat keja aku balik. ngantuk gila ni. hahaha. kalo lah leh tidoq 10 menet pon dah cukup dah untuk kaver. hahahaha. chow!

Wassalam!

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes