RSS

hari ini dalam sejarah.

Assalamualaikum wbt.

hari ini dalam sejarah? yala. sebab buat pertama kalinya aku melapah seekor kambing biri-biri seorang diri. hahahaha. bapak mentua aku lepaskan tugas tu kat tanpa sebarang kata, dan maka dengan itu aku menyahut cabaran beliau dan aku berjaya melaksanakannya. hahahaha. gelak besaqnya aku ini. Alhamdulillah syukur,leh gak belajaq benda2 camni kan. knowledge make power. hahaha. sebelah petang plak melapah ngan abang2 ipar yang sporting. sukanya aku dengan keluarga mentua aku ini. keluarga aku sendiri pun best jugak,tak perlu diperkatakan lagi la kan tapi kali ni nak cita la pasal keluarga mentua aku plak kan. hohohoho.

esok ada kenduri cukur rambut cucu sulung mak mentua aku. ni anak kakak ipar aku la yang selamat melahirkan anak lelaki baru2 ni dengan diberikan nama Ilham Firaj Rayyan. ohooo, nama canggih, bukan kembar 3 ok,tapi itulah nama si baby yang baru lahir tu. jangan terpedaya yeee. hahahah.

emm. apa lagi ek? aku agak kepenatan la jugak hari ni,tak cukup rest pon ada jugak. nak tidoq lajak2 pon tak elok plak reputasi aku sebagai menantu cikgu min. huhuhuhu. but im ok with it, its quite fun for me to explore this kind of relationship with my family-in-law. they're fun and im happy here.

aiks? tetiba kepala otak berjambul aku memikirkan motor. motor er-6n? ya ya. motor tu la. sebab aku bakal amek bawak balik motor tu isnin ni jika dengan izinNYA. InsyaAllah. moga2 segalanya berjalan lancar. amin ya rabbal'alamin. sabtu balik penang, ahad balik aloq staq. senayan balik penang p brightwill,settlekan semuanya. huhu. apa lagi nak taip kat sini ek? tah la. aku pun dah takda idea nak menaip. nak tidoq sebenaqnya, tapi tadak tempat la plak. hohoho. sekarang ni berinternet sambil melepak dalam bilik abe jiji. kang aku bantai tidoq kat tempat apih ni kang. hahahahha.

apa lagi yea? emmm. oho, bila diperhatikan diatas ni,agak panjang jugak aku menaip malam ni kan? huhuhuhu. im wondering,ada ka orang baca posting2 aku ni? rasa cam personal diary ja blog aku ni. hahahhaha. meluahkan apa yang dirasa, perasaan memberontak aku, perasaan gila aku, perasaan marah aku, semuanya aku boh dalam ni ja. except benda2 yg terlampau personal private aku tak post la. hahahaha.

oklah,battery laptop menunjukkan ada 10% lagi bleh digunakan. sebelum dia tidoq, baik aku menarik diri dulu dari posting kali ni. hahahha. oklah, chow dulu ya. doakan agar semuanya berjalan lancar ok. tq all.

Wassalam.




0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes