RSS

hari ini hari sabtu.

Assalamualaikum wbt.

Bangun pagi tadi ujan,wah! benda yang aku idamkan. hahahaha. bangun pagi pastu ujan. aku leh jadi pemalas semalas-malasnya. hahaha. tapi apakah daya,aku dah target nak p opis buat keja sket. so, kena bangun jugak la. mandi-mandi pastu siap-siap terus p opis,sampai opis kul 11.03am. teruskan aktiviti menyiapkan keja. dapat tau ayah tiri yuih meninggal pagi tadi.

kul 1.20pm aku kluaq opis p masjid bukhary. melawat yuih sebab jenazah simpan kat tanah perkuburan masjid al-bukhary. takziah untuk keluarga yuih. lepas siap semua,aku balik umah.

keluaq ngn mak plak p cari kain telekung ngn kain pasang. dah dapat!!!! yeyaaaaaayyyy!! dah settle 2 lagi benda hantaran. mak aku beli kain untuk buat kain tirai dapur,pastu beli kain cadar sepasang. hahaha. mentang-mentangla mak tengah kaya sebab dapat duit kutu,terus shopping sakan. huhu. kami p faizah butik,tapi tutup pastu terus p kay collection. dah tengok-tengok baju pengantin nak dipakai umah aku nanti. pakej pun ada skali seperti dibawah.

RM1350
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur

RM1800
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
pelamin pengantin

RM2300
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur
pelamin pengantin

RM2800
2 pasang baju pengantin
sekali mekap
hiasan bilik tidur
pelamin pengantin
set meja makan pengantin

hahaha. itulah pakej-pakejnya. bleh tahan, tapi aku dok terfikir kalau bleh pelamin aku nak reka sendiri ja. tak susah sangat kalu ada bahan. hahaha. insyaAllah,tgk la camna nanti. apa-apa pun kena bawak tunang aku mai tgk sendiri la baju camna dia nak pakai nanti. aku tak kesah sangat kaler dan style. tapi bagi aku lebih baik tunang aku yang tentukan bab-bab camni. huhuhu.

last sekali,sekarang aku kat umah. tengah menulis benda ni la. hahaha. oklah,nak p solat asar sat. petang satgi kluaq p lepak minum-minum kat soljer bersama rakan-rakan.


p/s: mak tanya pasal motor tadi,cam ada rezeki nak angkat KSR 110 sebiji nampak gaya ni. hehehehehe.

p/s: mak kata "anna rafaeli menyanyi tak sedap. yuna pun tak sedap". terer toi mak aku leh kenai artis indie malaysia ni. hahahaha. even dulu pun dia tau "meet uncle hussien". huhuhu.

oklah. chow dulu

Wassalam.

0 comments:

 
Copyright 2009 Peace.Love.Harmony All rights reserved.
Free Blogger Templates credit to DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes