Seorang lelaki bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai menjual barangan kemas. Suatu hari selepas pulang dari kerja dia mendapati ada sebuah kereta di parkir rumahnya. Dia mula berasa gelisah. Namun dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas menguakpintu biliknya dia bagaikan dipanah halilintar apabila mendapati isterinya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Tanpa sepatah perkataan pun, dia melepaskan tembakan kepada pasangan tersebut. Tembakan dari senapang ‘pumpgun’ pengawal keselamatan itu menembusi kepala pasangan tersebut dan mereka mati di tempat kejadian. Selepas itu pengawal keselamatan tersebut pun menyerah diri di balai polis.
Di akhir perbicaraan kes ini:
Hakim: Kamu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan niat. Kamu ada apa- apa permintaan terakhir?
Tertuduh: Ada Tuan Hakim. Saya ada satu permintaan.
Hakim: Silakan. Saya bersedia mendengarnya.
Tertuduh: Sebelum hukuman dijalankan saya ingin meminta izin dari Tuan Hakim untuk tidur bersama isteri Tuan Hakim. Itupun kalau….
Belum sempat si tertuduh menghabiskan kata- katanya tukul kayu milik Tuan Hakim sampai ke mukanya, walaubagaimanapun dia sempat mengelak lalu terkena pegawai polis yang menjaga kandang tertuduh. Lebamlah mata kanan pegawai polis tersebut. Tercengang seluruh hadirin di mahkamah tersebut.
Hakim: Mengapa kamu begitu biadap?
Tertuduh: Itulah Tuan Hakim saya belum pun tidur dengan isteri Tuan Hakim, Tuan Hakim dah baling saya dengan tukul kayu. Baru nak mintak izin. Cuba Tuan hakim bayangkan situasi dimana isteri Tuan Hakim sedang digomol lelaki lain. BegiItulah perasaan saya pada ketika itu. Malangnya yang ada di tangan saya ialah selaras ‘pumpgun’. Terima Kasih kerana sudi mendengar permintaan saya.
Muka Tuan Hakim pada ketika itu pun bertukar kebiru – biruan….
0 comments:
Post a Comment