Walaupun tidak mengharapkan bayi kembar, anda pasti tetap akan surprise jika mendadak doktor mengkhabarkan bahawa ada dua janin di dalam rahim anda. Bayangan akan kelahiran anak yang sihat dan lucu-lucu, langsung dua orang, akan membuat para ibu begitu excited.Jika anda memang mengharapkan bayi kembar, kerana ada keturunan kembar dalam keluarga anda, tentu berita ini akan lebih membahagiakan. Berikut adalah Berkemungkinan anda Mendapat Anak kembar:
1. Intuisi wanita seringkali begitu kuat. Anda hanya merasakan begitu saja bahawa anda mungkin membawa dua janin dalam tubuh anda. Beberapa ibu dari bayi kembar (dua atau lebih) mengatakan bahawa mereka tahu sejak awal bahawa mereka sedang menantikan kehadiran dua orang bayi.
2. Anda mengalami mual-muntah atau morning sickness yang lebih parah. Jika memang sedang hamil bayi kembar, kadar hormon hCG (human Chorionic Gonadotropin) pada air kencing anda mungkin juga meningkat. Hormon hCG diperlukan untuk menjaga kehamilan sampai plasenta berkembang. Hormon ini boleh dikesan melalui darah atau melalui urine (apabila anda ingin mengetahui kehamilan lewat test pack) bahkan sebelum menstruasi anda berhenti. Dalam kehamilan tunggal, biasanya konsentrasi hCG meningkat cepat selama minggu pertama, dan menjadi ganda setiap dua atau tiga hari. Nah, kadar hCG ini boleh meningkat bila berlaku kehamilan kembar, dan membuat anda mengalami morning sickness (atau all day sickness) lebih parah.
3. Gejala-gejala kehamilan normal yang lain kemungkinan juga lebih besar. Kebanyakan wanita (tidak semua) yang hamil bayi kembar memiliki gejala kehamilan yang lebih intens, disebabkan oleh hormon tambahan yang bersirkulasi melalui sistem mereka. Mungkin payudara anda terasa lebih bengkak, lebih kerap buang air kecil, lapar sepanjang masa, dan cepat lelah. Dalam trimester kedua, anda mungkin juga kesulitan menangkap nafas, kaki dan tangan membengkak (edema), penambahan berat badan dan pembesaran rahim yang tidak normal, serta gerakan janin yang kuat. Masalah anemia atau kekurangan zat besi (yang menurunkan hemoglobin) juga biasa terjadi pada kehamilan kembar.
4. Pertambahan berat badan meningkat cepat dalam trimester pertama, dan ini boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda membawa lebih dari satu janin. Jika anda menerapkan pola makan dengan baik, anda tak perlu bimbang. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Obstetrics and Gynecology menekankan pentingnya penambahan berat badan di masa awal kehamilan kembar, kerana penambahan di dua trimester pertama terbukti mempunyai pengaruh yang lebih besar pada berat bayi lahir.
5. Saiz anda cukup besar untuk usia kehamilan. Pada pemeriksaan pertama mungkin anda akan diberitahu bahawa rahim anda akan terus membesar. Jika tempoh haid anda yang terakhir menunjukkan kehamilan 8 minggu, rahim anda mungkin terasa seperti sudah 10-12 minggu. Hal ini tentu harus dibuktikan dengan pemeriksaan USG. Begitu kehamilan berterusan, jika anda memang mengandung dua janin, saiz rahim akan membesar mengikut usia kehamilan secara konsisten. Rahim yang menyimpan satu janin mungkin akan mencapai 38 x 40 cm tingginya, diukur dari tulang pubik. Sedangkan kehamilan kembar mungkin akan mencapai 48 cm.
6. Anda akan mendapat maklumat bahawa kadar AFP (alpha fetoprotein) anda meningkat.alpha fetoprotein Kadar AFP, protein yang dilepaskan oleh bayi ketika ia tumbuh dan ditemui dalam darah ibu, boleh meningkat ketika ada lebih dari satu bayi. Normalnya ujian darah secara sederhana akan diberikan 16-18 minggu sejak menstruasi anda yang terkini. Pemeriksaan mengesan lebih daripada separuh kehamilan kembar.
7. Doktor anda boleh mendengar dua denyutan jantung. Dua detak jantung yang berasingan dapat dibuktikan sampai usia kehamilan 12 minggu. Pada sekitar usia 28 minggu, sangat mungkin untuk membezakan dua kepala janin dan beberapa bahagian kecil ketika melakukan pemeriksaan USG.
8. Hasil pemeriksaan USG anda positif. Jika anda percaya bahawa anda memang sedang hamil bayi kembar, USG dapat dilakukan sejak awal kehamilan. Dengan doktor yang ahli USG, dua embryo dan dua detak jantung janin yang kuat bahkan boleh dilihat 6 minggu sejak hari pertama menstruasi terakhir anda. Banyak pula janin kembar yang sudah dapat didiagnosis sejak usia 5 minggu, ketika anda baru terlambat mens satu minggu sahaja.
0 comments:
Post a Comment